Kembali ke

Download Senarai Lelong Percuma Disini
 Klik Sini Untuk :
Soalan Dan Jawapan
W.P. Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Cheras
Kepong
Jalan Ampang
Jalan Klang Lama
Bangsar
Setapak
Jinjang
Bangsar
Gombak
Sentul
Bukit Damansara
Melawati
Sungai Besi
Dan Lain-lain
W.P. Putrajaya

Putrajaya

Selangor
Ampang
Batu Caves
Kajang
Semenyih
Bangi
Puchong
Rawang / Kundang
Kapar / Klang
Shah Alam
Petaling / Damansara
Dengkil
Seri Kembangan
Gombak
Hulu Langat
Hulu Selangor
Jenjarom
Jeram
Kepong
Cheras
Sabak Bernam
Selayang
Sepang
Subang Jaya
Sungai Buloh
Ulu Langat
Beranang
Batang Kali
Banting
Balakong
Rasa
Kuala Kubu
Kuala Langat
Kuala Selangor
Puncak Alam
Lain-lain Kawasan :
 
Negeri Sembilan
 My Ping in TotalPing.com

Untuk Pertanyaan Hubungi :

Muhd Firdaus
010-344 3058

Home W.P. Kuala Lumpur W.P. Putrajaya Selangor Negeri Sembilan

 
Jadi Member Zon Lelong Secara Percuma dan Dapatkan Senarai Hartanah Lelong Seluruh Malaysia

>> Klik Sini <<
 

Jika anda telah mendaftar sila Klik Log Masuk disebelah.

SALAM PENGENALAN...
Untuk terus membuat carian di www.zonlelong.com sila
KLIK SINI.

Daripada: Admin ZonLelong.com

Tarikh:

Per: Panduan dan Tawaran Istimewa Untuk Anda

Salam sejahtera dan terima kasih kerana melawat www.zonlelong.com.

Sepertimana yang anda tahu, semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah jadi RM100,000.

Perbezaan harga cukup ketara untuk hartanah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar hartanah turun harga secara mendadak.
 
Pasti tidak. Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah jangan lepaskan peluang untuk membeli Hartanah Lelong. Sudah pasti dengan hartanah lelong anda dapat jimat sehingga 20%-40% dari harga pasaran semasa.

Tapi harus diingat, tidak semua yang membeli Hartanah Lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Hartanah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang memasuki lelong membida mengikut perasaan hingga lupa kepada kemampuan sendiri. Terdapat juga mereka-mereka yang membeli Hartanah Lelong secara melulu, hanya sekadar untuk mencuba tanpa mengetahui selok belok dalam Hartanah Lelong.

Oleh itu, saya ingin berpesan kepada anda supaya pastikan anda memahami selok-belok dalam hartanah lelong sebelum bermula untuk membeli melalui lelongan. Anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan persediaan dari segi kos dan kemampuan anda sebelum membeli. Bukan semua hartanah lelong boleh dibeli. Sekiranya anda perasan harga yang di iklankan sangat murah, jangan mudah terpedaya. Kemungkinan tunggakan dari pemilik lama melebihi kemampuan anda dan tidak pula ditanggung oleh pihak bank.

Pada hari ini, ramai yang ingin membeli Hartanah Lelong dengan tujuan yang tersendiri. Ada yang membeli Rumah Lelong untuk rumah pertama, untuk rumah kedua, untuk anak, untuk keluarga, untuk hadiah, untuk pelaburan, untuk simpanan eset dan pelbagai tujuan yang lain. Tapi tujuan anda mungkin sukar untuk dicapai sekiranya tiada sumber untuk mendapatkan Rumah-rumah atau Hartanah untuk dibeli.

Dengan itu, saya berusaha untuk mendapatkan listing terkini hartanah lelong untuk diletakkan disini. Diharapkan listing yang dipaparkan dapat memberikan manfaat kepada anda, sama ada untuk pelaburan atau sebaliknya. Jika anda ingin membeli hartanah yang disenaraikan boleh Register Percuma Disini.

Bagi sesiapa yang ingin membeli dan mendapatkan Rumah melalui Lelongan hartanah boleh hubungi saya. Saya berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan lelongan dari segi rundingan dan nasihat sebelum, semasa, dan selepas lelong. Saya akan membantu anda mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan hartanah serta membuat pilihan hartanah yang terbaik.

Saya juga sangat mengalu-alukan kepada mana-mana pelabur yang ingin mengunakan perkhidmatan saya untuk membantu anda menjana pendapatan pasif setiap bulan dan seteruskan memberikan kebebasan kewangan. Matlamat saya adalah untuk membantu anda dengan memberikan nilai potensi terhadap hartanah lelong yang dipilih dan memberikan nilai tambah terhadap hartanah yang telah dimiliki.

Apa Itu Lelong?
Lelong adalah satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain melalui penawaran harga tertinggi dan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Apa Itu Rumah atau Hartanah Lelong?
Definisi mudah bagi Hartanah Lelong adalah Hartanah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (tuan rumah) gagal untuk membayar bayaran bulanan untuk suatu tempoh yang telah dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan.

Panduan dan Tip Beli Rumah Lelong

  1. ALAMAT - ketahui dan pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah yang diingini adalah betul dan tepat.
     

  2. LAWATI - Membuat lawatan keatas hartanah yang diingini.
     

  3. TANYA - Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju/pemilik/pihak berkuasa tempatan/carian hakmilik/ sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail berkenaan dengan hartanah yang dingini.
     

  4. BANK DRAFT – Deposit untuk masuk lelong. Bila dah betul-2 pasti dengan hartanah, Anda perlu menyediakan 5% @ 10% Bank Draf dari harga Reserve Price atas nama bank yang melelong harta.
     

  5. DATANG AWAL -  Sekurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.
     

  6. MEMBUAT BIDAAN - Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan. Anda hanya perlu menunjukkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan dan lelongan akan berhenti apabila tiada lagi tawaran dari pembida lain.
     

  7. ANDA BERJAYA – Taniah jika anda mendapat harga Reserve. Pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup dan mengumumkan pembida yang berjaya. Jika tidak berjaya, bank draft akan dipulangkan semula.
     

  8. BAKI DEPOSIT – Anda perlu mencukupkan deposit. Anda hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya selepas lelongan. *Cth; Reserve : RM 100,000/- anda berjaya bida RM 120,000/- *Deposit 10% ; RM 10,000 + ( kenaikan RM 20,000 x 10% = RM 2,000) (Pembida yang berjaya perlu menambah RM2000 untuk mencukupkan deposit)
     

  9. BUAT PINJAMAN PERUMAHAN - Pembeli yang berjaya hendaklah menyelesaikan baki harga dalam tempoh 90 hari @ 120 hari (bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pelelong).
     

  10. LANTIK LAWYER - untuk membuat pindah milik. *tidak semua lawyer pandai menguruskan urusan rumah lelong.

DOKUMEN ATAU PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA HARI LELONG

  1. Kad Pengenalan Penawar
     

  2. Surat wakil- sekiranya anda ingin mewakilkan orang lain sebagai penawar bagi pihak dirinya dan perlu disertakan satu salinan kad pengenalan Penawar tersebut.
     

  3. Draft Bank atau Casher Order (Cek Juruwang) atas nama pihak yang melelong hartanah sebanyak 5% atau 10% dari harga rizab mengikut kepada Syarat Jualan yang telah ditetapkan.
     

  4. Jumlah Tambahan (Tunai) hendaklah disediakan untuk membayar jumlah perbezaan harga di antara bayaran deposit dari harga yang berjaya ditawarkan. Pembeli yang berjaya hendaklah mencukupkan bayaran deposit yang telah ditetapkan dari harga belian serta merta selepas tukul dijatuhkan. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau Bank Draft kepada Pihak yang melelong harta.

Pinjaman Perumahan

Pinjaman perumahan adalah salah satu cara untuk mendapatkan rumah idaman. Ini kerana kita dapat membuat pinjaman dengan jumlah yang mungkin melebihi daripada kemampuan kita.

Dalam lelongan harta tanah, setiap individu yang telah berjaya dalam membeli rumah lelong, mereka perlu membuat pemohonan pinjaman dengan kadar segera untuk memastikan tempoh yang telah ditetapkan oleh bank tidak telepas. Jika tidak wang deposit akan diambil oleh pihak bank dan tidak akan dikembalikan.

Note : Jika mengikut kepada rate Conventional (biasa) pada masa kini adalah 6.6% (Interest Rate). Namun untuk lebih tepat sila rujuk institusi pinjaman yang berhampiran dengan anda.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman bank.

# Salinan Fotostat Kad Pengenalan

# Salinan Fotostat Cukai Pendapatan (Borang J) untuk 2 tahun

# Salinan Fotostat Salinan Gaji (3 bulan terkini)  

# Salinan Fotostat Penyata Bank (3 bulan yang lalu)

# Salinan Fotostat Akaun Untung Rugi Syarikat (Jika berkerja sendiri)

# Salinan Periystiharan Jualan dari Pelelong

Siapa Saya?

Saya adalah Perunding Hartanah Lelong dan bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin membuat pembelian dalam hartanah lelong sama ada untuk Pelaburan atau untuk mendapatkan Kediaman sendiri.

Teras Perkhidmatan saya adalah untuk memberikan perkhidmatan dari segi nasihat dan rundingan didalam pembelian hartanah lelong sama ada Sebelum, Semasa dan Selepas Lelong. Saya akan membantu anda untuk membuat pembelian yang terbaik dan membantu anda meminimakan risiko dalam setiap pembelian hartanah lelong.

Saya amat mengalu-alukan para pelabur yang berpotensi yang ingin menambah aset serta menjana pendapatan pasif melalui pembelian hartanah lelong.

Saya berazam untuk membawa pendekatan baru dan inovatif dalam membantu anda dan para pelabur untuk mencapai kebebasan kewangan serta menggandakan keuntungan untuk setiap hartanah lelong yang dipilih.

Untuk Sebarang Pertanyaan sila Hubungi saya Muhd Firdaus Zahari di no. 010-344 3058.


Tugas Dan Perkhidmatan yang Ditawarkan :


Saya bersedia untuk memberikan perkhidmatan khidmat nasihat, rundingan serta wakil untuk melancarkan proses pembelian hartanah lelong untuk anda seperti dibawah :

Sebelum Lelongan

·         Mendapatkan senarai hartanah lelong terkini setiap hari

·         Membuat Pendaftaran sebelum lelong (PERCUMA)

·         Mendapatkan ___________ selepas pendaftaran anda diterima

·         Memberikan __________ proses lelongan (Persediaan sebelum membuat keputusan untuk membeli)

·         Membuat __________ di pejabat-pejabat tanah

·         Mendapatkan ___________ untuk hartanah yang akan dilelong

·         Menjalankan pemeriksaan ke atas tunggakan _____________

·         Menjalankan pemeriksaan ke atas tunggakan _____________

·         Menjalankan pemeriksaan ke atas tunggakan lain jika ada

·         Menyediakan __________ untuk membida bagi pihak anda


Semasa Lelongan

·         Wakil :
Membida bagi pihak (mengikut badjet anda)

·         Anda Hadir :
Membantu anda membuat _________ semasa hadir

·         Memudahkan proses __________ masa hadir

·         Mengelakkan anda dari _________________


Selepas Lelongan

·         Memungut _________ bagi pihak, hantar kepada anda

·         Menguruskan ______ untuk _______ / _______ hartanah

·         Mengumpul ___________ untuk diserahkan kepada peguam

·         Mengaturkan ___________ yang berpengalaman untuk pemindahan harta

·         Membantu ____________ selepas lelongan

·         Mendapatkan __________ untuk membuat _______ harta

·         Mendapatkan _________ untuk membuat _______ harta

·         (Pelabur) Membantu mendapatkan penyewa / Pembeli


Untuk mebolehkan saya membantu anda membuat pembelian hartanah lelong yang terbaik sama ada untuk didiami atau pelaburan sila buat carian dibawah atau muat turun senarai yang saya sediakan dan Daftar PERCUMA untuk masuk lelong...

 

>>> DAFTAR MASUK LELONG PERCUMA <<<
KLIK SINI

 

W.P. Kuala Lumpur W.P. Putrajaya Selangor Negeri Sembilan

 

Muhd Firdaus Bin Zahari
www.zonlelong.com
010-344 3058
(Perunding Hartanah Lelong Anda)

P.S. : Mengapa menyewa jika anda dapat memiliki hartanah idaman anda dengan harga bawah pasaran. Bahkan anda dapat membuat bayaran bulanan dengan pihak bank lebih rendah atau sama sepertimana anda membayar sewa bulanan dengan pemilik rumah.

P.S.S. : Tahukah anda, lebih 80% jutawan didunia terdiri dari mereka-mereka yang melabur dalam bidang hartanah. Kajian juga membuktikan, Hartanah Lelong adalah medium pelaburan yang paling popular.

P.S.S.S. : Jika anda adalah seorang pelabur jangan lepaskan peluang untuk menjana pulangan pelaburan yang menguntungkan dalam hartanah lelong. Hubungi saya sekarang untuk membolehkan saya membantu anda mengurangkan dan meminimakan segala risiko dalam pembelian hartanah lelong.

 

 

Klik Like Dibawah
Untuk Dapatkan Tip Dan Perkongsian PERCUMA
 

 


Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :

 


Copyright © www.zonlelong.com. All rights reserved. Design by apiedaus.com