Ketahui Soalan Panas Rumah Lelong disini,

“ANDA BOLEH JIMAT RIBUAN RINGGIT LEPAS TAHU RAHSIA RUMAH LELONG INI…”

…….

Ini hari bertuah anda, beberapa rahsia dan selok belok rumah lelong yang dirahsiakan akan didedahkan.

Berikan masa 5-7 minit sahaja untuk anda ketahui rahsia-rahsia ini.

Muhd Firdaus Zahari_Ejen Lelong
Daripada:
Muhd Firdaus Zahari
Per: Soalan Panas Rumah Lelong didedahkan

Salam hormat dan salam sejahtera,

Taniah kerana anda pantas buka halaman ini.

Apa yang akan saya kongsikan nanti akan bantu anda mengetahui rahsia-rahsia rumah lelong dan elak kerugian yang tidak sepatutnya.

Tahukah anda, ada orang pernah beli rumah lelong tapi rumah tersebut dilelong semula.

Ada orang yang beli rumah lelong tetapi terpaksa tanggung rugi puluhan ribu ringgit.

Ada juga yang ditipu disebabkan terperdaya dengan harga murah.

Kenapa ini terjadi?

Ini kerana mereka membeli rumah lelong;

  • Tanpa ilmu
  • Tiada perancangan awal
  • Belum betul-betul bersedia untuk beli rumah
  • Tidak cukup modal atau hanya cukup-cukup sahaja
  • Mudah percaya orang dan terikut-ikut dengan kata orang.

Sebab ramai yang kata beli rumah lelong ni murah.

Ada orang kata, beli rumah lelong ni untung.

Ada juga yang kata dapat beli rumah lelong bawah harga pasaran dan boleh jimat ribu-ribu.

BETUL ke?

Jangan mudah terperdaya.

Tidak semuanya indah.

Rumah lelong ada rahsia dan selok-belok yang sangat-sangat berisiko bagi mereka yang tidak biasa.

Hari ini saya akan bantu anda elak risiko-risiko ini dan minimakan seminima mungkin risiko untuk membeli rumah lelong dari proses sebelum, semasa dan selepas anda berjaya menang lelong.

Saya akan bocorkan kepada anda banyak rahsia rumah lelong yang ramai orang tak tahu dan ramai juga ditipu disebabkan tak tahu.

PASTI ANDA DAH TAHU…

MODAL untuk beli rumah sangat besar.

10-percent-deposit_zonlelong

Anda perlu ada deposit 10% untuk beli rumah.

Jika harga rumah RM100,000 bermaksud anda perlu ada RM10,000.

Jika harga rumah RM500,000 bermaksud anda perlu ada RM50,000 sebagai deposit.

Pasti anda tahu. Untuk kumpulkan duit tersebut pastinya memakan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun.

Adakah anda sanggup melenyapkan deposit anda dengan sekelip mata sahaja.

Sebab saya sendiri pernah rugi lebih RM5,000 disebabkan beli rumah lelong disaat belum cukup ilmu.

Saya dah pernah lalui, dan saya tak nak anda lalui kerugian yang sama.

Ada orang pernah berkongsi dengan saya, dia rugi lebih RM30,000 disebabkan beli rumah lelong. Hanya kerana terpengaruh dengan emosi dan harga murah.

Sekarang dia terpaksa kumpul modal semula. Mungkin bertahun lagi untuk mulakan langkah semula..

Semuanya disebabkan tiada persediaan dan tiada ILMU.

rumah-lelong-hangus-duit

Anda perlu tahu, deposit 10% anda tidak akan di kembalikan jika anda gagal menyelesaikan baki harga belian lelong dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Jika melibatkan pinjaman, anda perlu selesaikan baki harga belian 90% ini dalam masa 90 hari – 120 hari. Kelewatan anda menyelesaikan baki harga belian ini boleh menghanguskan duit deposit yang telah anda bayar.

Saya bukan ingin takut-takutkan anda. Tetapi apa yang saya kongsikan disini untuk kebaikan anda supaya tidak tersilap langkah.

Jika anda baru nak merancang dan mahu mulakan langkah. Mulakan langkah anda dengan ilmu dahulu.

Siapa Saya?

Nama saya Muhd Firdaus Zahari, menetap di Kuala Lumpur.

Muhd Firdaus ehsan lelong 2012
Saya berada dalam industri rumah lelong sejak tahun 2010 dan berkhidmat sebagai penasihat lelongan & ejen lelong sepenuh masa sehingga ke hari ini.

Saya tidak mahu bercerita panjang tetang diri saya, harap gambar dibawah dapat menjelaskan kepada anda tentang aktiviti dan pengalaman saya sepanjang berada dalam industri ini.

sesi lelongan cimb muhd firdaus zonlelong gambar dari zonlelong
Lelongan di mahkamah shah alam
(Hadiri sesi lelongan untuk wakil bagi pihak pembeli, sendiri dan klien sama ada di mahkamah, pejabat tanah atau lelongan bank sejak tahun 2010 sehingga hari ini)

muhd firdaus lelong preview ejen 2012 seminar ejen lelong

(Perkongsian Peluang Kerjaya Ejen Lelong Sejak Tahun 2011-2013)

muhd firdaus lelong ejen buka booth
(Buka booth di Masjid Negara KL dari tahun 2011-2012)

Seminar Rumah Lelong_02_v2
(Seminar rumah lelong akhir tahun 2015)

Praktikal01_rumahlelong Praktikal01_rumahlelong_02
(Sesi perkongsian secara santai atau bahasa mudahnya TT dan sesi soal jawab depan-depan)

Rasanya tertalu banyak kalau saya nak kongsikan gambar sahaja.

Jadi, melalui aktiviti yang saya lalui dan sehingga hari ini saya selalu ditanya persoalan yang sama.

Anda bertuah kerana dapat membuka halaman ini. Anda berpeluang untuk baca satu contoh perbualan saya dengan seorang pembeli melalui telephone.

Melalui perbualan ini, anda akan didedahkan beberapa soalan panas yang selalu orang nak tahu pasal lelong. Hari ini anda boleh baca secara percuma dibawah;

soalan panas rumah lelong

As’salamualaikum.. ini Muhd Firdaus ke?

Ya! Saya..

Kak Ani (bukan nama sebenar) ada nampak iklan rumah lelong yang firdaus buat… Akak minat nak beli… tapi tak tahu cara dia… Rumah lelong ni macamana ye?

Saya jawab;
Lelong secara mudah adalah proses jual beli yang telah ditetapkan oleh bank atau mahkamah… Sesiapa yang berminat dengan rumah atau hartanah itu perlu pergi atau wakilkan seseorang untuk hadir tempat lelong dan buat tawaran harga… Sesiapa yang membuat tawaran tertinggi dia akan dapat rumah yang akan dilelong tu..

Oo… macamtu.. Boleh dapat ke rumah tu?

Bergantung pada rezeki… Lelong adalah satu peluang untuk dapatkan rumah impian atau pelaburan dengan harga murah… Kalau harga naik terlampau tinggi… kita boleh cuba rumah yang lain… Sebab rumah lelong hampir tiap-tiap hari ada..

Berapa ye dia punya deposit?

Deposit pihak bank yang tetapkan.. biasanya 10% dari harga reserve..

Kalau akak nak guna KWSP sebagai deposit boleh?

Akak perlu berjaya beli rumah lelong dulu, baru boleh keluarkan KWSP… Akak tak boleh keluarkan KWSP awal tanpa apa-apa dokumen & bukti pemilikan rumah… Maksudnya akak kena ada duit sendiri dulu sebanyak 10% sebagai deposit awal dan duit deposit tadi boleh claim semula dengan KWSP…

Oh… Err… Apa tu harga reserve?

Harga yang bank tetapkan untuk mulakan lelongan… Harga awal ini bertujuan untuk mudahkan pembeli yang berminat sediakan deposit 10% ikut harga yang telah ditetapkan oleh bank… Kebiasanya harga reserve lebih rendah dari harga pasaran semasa..

Boleh ke kalau nak dapat harga reserve tu?

BOLEH… itupun kalau akak sorang je yang datang bid… Kalau ada lebih dari sorang, akak perlu buat tawaran harga… Rumah akan dijual kepada sesiapa yang buat tawaran harga tertinggi..

Kalau akak minat nak beli macamana?

Akak boleh salin alamat yang di iklankan dan buat lawatan untuk kenal pasti lokasi rumah atau hartanah dan juga keadaan rumah tersebut… Ini langkah awal supaya akak tidak tersalah beli rumah dan sebagai persediaan untuk ketahui keadaan rumah sebelum buat keputusan untuk membeli…

Oooo… camtu…
Tapi kalau kalah lelong macamana.. Deposit boleh dapat balik ke?

Jangan risau… Pelelong akan pulangkan semula Bank Draft (deposit) jika tidak berjaya dalam lelongan tanpa sebarang caj..

Oo… Err… Akak nak kena bayar cash ke rumah tu?

Akak boleh buat pinjaman macam biasa… Jika rumah pertama, bank biasa akan bagi 90% pinjaman dari harga rumah yang berjaya dibeli dan bergantung kepada kelayakan pembeli…

Oo… Kalau akak tak lulus loan macam mana?

OPpss!!!…..

Sebelum saya teruskan…

Saya nak tanya anda yang sedang membaca ni.

Rasa-rasanya bila pertanyaan demi pertanyaan ini akan habis.

Agak-agak anda persoalan-persoalan tentang cara & proses nak beli rumah lelong ini ada tak dalam diri anda.

Pasti pelbagai persoalan bermain di minda anda.

Kalau anda perhatikan… Jika saya jawab setiap soalan diatas… pasti akan timbul lagi soalan yang lain…

Dan pasti soalan demi soalan yang sama akan terus ditanya…

Kalau seorang-dua mungkin saya boleh luangkan masa untuk jawab.

Tapi kalau berpuluh-puluh orang yang bertanya… Saya jadi seperti kat bawah ni…

Soalan Panas Rumah Lelong

Pada hari ini, kekangan masa sering menjadi penghalang. Saya sendiri tak dapat nak luangkan masa untuk berjumpa satu-satu dengan anda dan jelaskan satu-satu kepada anda. Biasanya makan masa 2-3 jam untuk satu sesi.

Bertambah pula dengan aktiviti yang melibatkan hartanah dan sesi lelongan yang perlu saya hadiri telah menghadkan masa saya untuk selalu mengadakan lain-lain program.

Jarak yang agak jauh antara saya dengan anda yang mungkin berada di luar lembah klang menyukarkan saya menjelaskan satu-satu hanya melalui telephone sahaja.

Dari situ, saya mengambil keputusan untuk bukukan soalan- soalan panas rumah lelong ini.

Walau dimana sahaja anda berada, anda berpeluang untuk mengetahui rahsia-rahsia penting yang ada dalam rumah lelong dengan lebih mudah.

Oleh itu… Saya mengambil keputusan untuk himpunkan soalan-soalan panas ini dan selalu ditanya berkenaan cara beli rumah lelong dalam satu buku KHAS UNTUK ANDA.

Saya nak bantu memudahkan anda mendapatkan info-info dan dedahkan segala persoalan ini kepada anda.

Anda tak perlu lagi nak tanya satu satu soalan ini kepada orang lain. Saya dah sediakan khas untuk anda.

Soalan-soalan ini adalah himpunan kepada pertanyaan-pertanyaan yang selalu saya terima sejak dulu sampai hari ini.

Melalui ebook ini saya akan jawab pertanyaan-pertanyaan untuk anda seperti dibawah:

Adakah anda juga nak tahu soalan-soalan ini?

  • Macam mana nak beli rumah Lelong?
  • Macamana nak dapatkan POS dan COS?
  • Kalau nak Harga Reserve boleh ke?
  • Boleh tak beli Rumah ni tak payah masuk lelong?
  • Boleh tak saya buat Goverment Loan (Pinjaman Kerajaan)?
  • Lelong ni buat dekat mana?
  • Bila masa yang sesuai untuk membeli hartanah lelong?
  • Boleh ke jual semula hartanah/rumah lelong yang telah dibeli?
  • Rumah lelong kena GST ke?
  • Macam mana nak jadi pelelong @ ejenlelong?
  • Macam mana saya nak cek harga pasaran?
  • Boleh ke guna KWSP untuk beli rumah lelong?
  • Boleh ke beli rumah lelong low cost kalau…….?

Diatas adalah sebahagian soalan-soalan panas rumah lelong yang dimuatkan dalam ebook ini…

Masih banyak lagi soalan-soalan yang ramai orang ingin tahu telah saya muatkan dalam ebook ini. Anda boleh jadikan ebook ini sebagai rujukan dan persediaan untuk membeli rumah lelong nanti.

Antara lain-lain soalan yang telah disediakan dalam ebook ini;

47 soalan lelong 2016

47 soalan lelong 2016_02

Jadi, izinkan saya berkongsi dan dedahkan kepada anda soalan-soalan panas rumah lelong dan rahsia-rahsia rumah lelong ini melalui ebook dibawah…

“47 SOALAN PANAS RUMAH LELONG”

Ebook 47 Soalan Panas Rumah Lelong

Melalui ebook ini, anda dapat ketahui 47 soalan panas rumah lelong yang telah dihimpunkan sejak lebih 5 tahun saya berada dalam industri ini dan sehingga hari ini soalan-soalan ini masih lagi ditanya.

Untuk berikan kefahaman untuk anda, saya berusaha untuk menjawab soalan-soalan ini dengan penerangan dan menyediakan bukti-bukti sebagai rujukan.

Saya juga turut menyediakan contoh-contoh dokumen dan suratan lelong untuk memberikan gambaran lebih jelas kepada anda.

Jika anda masih baru dan pelbagai soalan berkenaan lelong bermain di minda, maka ini adalah pelaburan ilmu yang pasti tidak akan merugikan anda.

Kerana dengan ilmu, anda boleh jimat ribuan dan ratusan duit anda. Lebih-lebih lagi dalam industri rumah lelong ini. Modal untuk anda bermula dalam bidang ini bukan puluh-puluh atau ratus-ratus tetapi ribuan ringgit.

Bahkan untuk masuk lelong memang wajib ada deposit… Jika tersilap langkah anda boleh menghanguskan dan melesapkan duit deposit anda dalam sekelip mata sahaja.

Jadi saya sediakan ebook ini untuk bantu menjimatkan wang dan deposit yang bakal anda keluarkan nanti.

“Jimatkan Wang & Deposit Anda”

Save Money - Green Button

“Minimakan risiko dan elakan risiko dari awal.”

Hari ini anda boleh elakan kerugian puluhan & ratusan ribu dengan pelaburan ilmu serendah RM150 sahaja.

Tunggu dulu…

Saya bebesar hati nak bagi sesuatu yang lebih istimewa untuk anda.

Anda tak perlu bayar dengan harga tersebut.

Saya ingin berikan lebih nilai kepada anda..

Klik Dibawah untuk rebut peluang ini lebih awal dan sebelum ianya ditamatkan.

tempahsekarang1

Bukan itu sahaja, Saya juga sediakan beberapa bonus dibawah untuk berikan lebih kelebihan kepada anda.

Kelebihan anda sebagai ahli zonlelong?

1) Download Senarai Excel

Senarai Lelong Excel 2017

Melalui zonlelong, anda dapat mengetahui kesemua senarai lelongan terkini yang diperolehi dari bank, pelelong, majalah, katalog, akhbar harian dan sumber-sumber yang sah dan disediakan dalam Satu Himpunan Data yang mudah dan senang untuk anda gunakan sebagai rujukan.

Anda boleh download senarai ini dan buka bila-bila masa tanpa melayari internet. Secara tak lansung, anda boleh jadikan rujukan dengan lebih mudah.

…..

2) Keahlian anda bersama zonlelong adalah selamanya.

lifetimemembershipzonlelong

…..

3) Dapatkan Diskaun, Bonus & Ganjaran istimewa.

Special bonus zonlelong

Sebagai ahli, anda juga akan menerima diskaun, bonus dan ganjaran istimewa yang telah disediakan Khas untuk ahli zonlelong sahaja.

4) Ebook-Ebook Bonus untuk Anda.

A) FREE EBOOK: 7 Step Mudah Beli Rumah Lelong (bernilai RM20)
B) FREE EBOOK: Cara Selamat Beli Rumah Lelong (bernilai RM20)
C) FREE EBOOK: 20 Syarat Rahsia Hartanah Lelong (bernilai RM20)
D)
FREE EBOOK: Bid Rumah Harga Murah (bernilai RM20)

5) LAGI Bonus untuk Anda.

5) FREE SURAT WAKIL LELONG: Surat Wakil untuk melantik ejen / wakil hadiri lelong bagi pihak anda (BM & BI).
6) FREE FORM SITE VISIT
: Borang cek list untuk mudahkan anda membuat site visit rumah lelong pilihan.
7) FREE POS: 3 POS Hartanah Lelong pilihan anda.
(Anda boleh membuat permohonan Percuma untuk dapatkan 3 POS hartanah lelong pilihan anda.) (bernilai RM150)
8) Dikaun 50% untuk dapatkan POS lelongan yang seterusnya.

Klik Dibawah untuk rebut peluang ini lebih awal;

tempahsekarang1

Bayangkan, apakah harga yang sesuai untuk anda dapatkan kesemua Produk & Bonus-bonus ini? Apabila saya kata RM250, mungkin ramai yang kata terlalu mahal. Jika saya letakkan RM150, ianya patut berpatutan.

Saya juga nak dedahkan kepada anda, sebenarnya untuk dapatkan senarai lelong sahaja anda perlu bayar lebih dari RM300 setahun. Anda juga perlu renew dari bulan ke bulan atau tahun ke tahun untuk mendapatkan access melihat senarai lelong terkini ini.

Tetapi hari ini, Anda Tidak Perlu Laburkan Lebih RM200…

bukan RM150..

juga bukan RM100.

Anda boleh miliki Ebook 47 Soalan Panas Rumah Lelong hari ini & Miliki kesemua Bonus-Bonus ini dengan pelaburan serendah RM150 RM 50 sahaja.

Ebook 47 Soalan Panas Rumah Lelong

Yang pastinya berbaloi untuk anda, Sila klik dibawah;

tempahsekarang1

PERHATIAN: Ebook bonus ini terhad untuk sementara sahaja..
Bonus-bonus ini akan ditarik semula tanpa notis.

JAMINAN 60 HARI WANG DIKEMBALIKAN!

60daymoney

Jaminan TANPA RISIKO selama 60 hari kepada anda yang membeli produk ini melalui laman web ini. Jika anda tidak berpuas hati dengan produk ini untuk apa-apa sebab sekalipun, kembalikan produk ini dan wang anda akan dikembalikan tanpa banyak soal. Ini adalah jaminan peribadi daripada saya!

Tahukah anda, ada beratus dan beribu buah rumah akan dilelong setiap bulan. Jadi pilihan anda untuk beli rumah dengan harga murah sentiasa ada.

Tapi anda harus ingat, rumah lelong tak boleh terus beli sambil lewa. Anda perlu fahami dan mengambil tahu selok belok dalam lelongan.

Jika anda belum bercadang untuk beli rumah lelong sekalipun, anda sebenarnya boleh bantu mereka-mereka yang ingin beli rumah lelong.

Anda boleh bantu keluarga anda, kawan, sahabat, jiran dan sesiapa sahaja supaya mereka tidak melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

Jika anda seorang ejen hartanah atau ingin menceburi bidang ejen lelong, ebook ini dapat membantu anda memberikan jawapan untuk setiap soalan-soalan dari bakal pembeli anda nanti.

Ada sebab mengapa anda terklik dan terbaca page ini. Mungkin inilah perkara yang anda cari-cari sebelum ini dan mungkin juga doa anda telah dimakbulkan.

Semoga 47 soalan panas rumah lelong ini dapat membantu anda meminimakan dan mengelakkan risiko-risiko rumah lelong dan seterusnya anda dapat menjana keuntungan dari rumah lelong.

Salam kejayaan untuk anda.

Sekian dan ikhlas dari saya,

myfirdaus_signs

FB : MD Firdaus Zahari

010-344 3058

(tinggalkan SMS/Whatsapp jika talian sibuk atau tidak dapat dijawab)

P/S : Panduan & Soalan panas rumah lelong disediakan khas untuk membantu anda merancang dan buat persediaan untuk mendapatkan rumah impian atau pelaburan dengan cara yang lebih selamat.

P/P/S: Setiap jawapan yang disediakan disertakan beberapa gambar dan dokumen berkaitan agar anda lebih jelas dan nampak apa yang ingin saya sampaikan. Contohnya berkenaan syarat dan terma penting dalam lelong yang patut anda ambil tahu lebih awal. Tempah ebook ini Disini.

error: Content is protected !!