Apa Itu CCRIS?

Salam maju jaya pelawat zonlelong?

Untuk hari ni, saya ingin berkongsi dengan anda perkara yang berkaitan dengan Ccris. Membuat semakan kelayakan pinjaman merupakan langkah pertama yang sangat penting yang perlu anda pastikan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah / hartanah.

apa itu ccris _report-hutang

Apa Itu CCRIS ?

Terutamanya jika anda ingin membeli hartanah melalui pinjaman dengan pihak bank. Jika anda mempunyai kelebihan untuk membayar secara tunai, mungkin ianya tidak menjadi masalah yang besar. Tapi jika sebaliknya, anda akan kerugian dari segi deposit yang telah dibayar.

Misalnya dalam hartanah lelong, jika anda berjaya dalam lelongan, deposit 10% yang telah dibayar tidak akan dipulangkan jika anda tidak menyelesaikan baki bayaran dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Deposit tersebut akan dirampas oleh pihak bank dan hartanah yang telah dilelong akan dilelong semula….

Jika sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda berkaitan Ccris ni… Apa itu CCRIS? Ia adalah singkatan dari Central Credit Reference Information Systems atau dalam bahasa mudahnya sistem pengumpulan maklumat.

Mungkin, anda tidak tahu atau tertanya-tanya bagaimana nak cek Ccris ini.

Untuk hari ini saya nak kongsikan dengan anda salah satu cara yang boleh anda lakukan untuk menyemak status kelayakan. Cara tersebut adalah dengan mendapatkan rekod kredit daripada bank negara atau cawangan bank negara di seluruh negara.

Apa yang perlu anda lakukan hanya membawa Kad Pengenalan. Di sana terdapat sebuah mesin untuk anda masukkan kad pengenalan dan letakkan ibu jari anda di tempat yang dikhaskan.

Selepas tunggu seketika, anda akan terus menerima laporan CCRIS yang dikeluarkan secara automatik melalui mesin tersebut.

Laporan CCRIS ini akan menunjukkan semua hutang anda yang sedia ada dengan pihak bank CCRIS ini adalah rekod yang disimpan oleh bank negara mengenai keupayaan kredit anda.

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak, maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS.

Mana-mana bank yang berdaftar sebenarnya boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau sesebuah syarikat pada  bila-bila masa apabila diperlukan. Namun mungkin tidak semua bank yang mahu melayan anda.

Oleh itu, anda boleh terus pergi ke bank negara untuk menyemak kelayakan anda tanpa perlu melalui counter.

Selain dari itu, anda juga boleh buat semakan secara online.

Caranya seperti dibawah;

Pemohonan ini memerlukan memerlukan anda mengisi borang terlebih dahulu. Borang anda boleh dapatkan disini.

Anda juga perlu sertakan;

  • Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
  • Borang Pengisytiharan Pinjaman;
  • Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
  • Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
      • Lesen memandu / Bil utiliti seperti bil air, bil elektrik, bil telefon atau bil ASTRO / Penyata akaun bank / Penyata kad kredit; atau / Penyata KWSP.

Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:

BNMTELELINK
LINK dan Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D, Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur

No Faks: +603 2174 1515

E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my

Untuk cara yang lebih jelas dan panduan yang lebih lengkap anda boleh rujuk disini.

Sekian….

Moga bermanfaat untuk anda ..

Leave a Comment

error: Content is protected !!