Apa itu Lelong?

Secara umum, mungkin dah ramai yang tahu. Tapi tidak dinafikan juga masih ada yang belum tahu dan ramai juga yang tertanya-tanya lelong ni macamana?.

Untuk Tip kali ini saya ingin mengulas semula atau mungkin boleh dijadikan sebagai ulangkaji atau imbasan ilmu untuk anda.

Untuk pengetahuan anda, lelong ini adalah satu proses membuat tawaran tertinggi untuk mendapatkan sesuatu benda, barangan atau perkhidmatan. Proses lelongan ini terjadi apabila berlakunya pelangaran syarat dan terma yang telah dipersetujui antara satu pihak dengan pihak yang lain.

apa itu lelong _tamadun-rom-sejarah-form-4-2-638

Apa Itu Lelong?

Kalau dikaji mengikut sejarah… lelong ini telah bermula sejak 500 tahun sebelum masihi dan telah digunakan sejak zaman Rom kuno lagi.

Jika disebut dalam bahasa inggeris ianya disebut Auction dimana merupakan permulaan kata Latin iaitu Auctus yang permaksud perningkatan atau kenaikan.

Dulu terdapat pelbagai jenis barang yang dilelong…. terutamanya barangan asasi atau barangan harian….

Sehinggakan hari ini, barangan asasi masih lagi menggunakan cara lelong. Contoh yang paling mudah adalah pembelian ikan secara borong.

Jika diperhatikan, peraih (Pemborong) akan mendapatkan sumber di tepi pantai, iaitu berjumpa dengan nelayan yang telah mengumpulkan hasil tangkapannya untuk dijualkan secara pukal….

Biasanya pemborong akan membuat tawaran untuk membeli dengan harga yang tertinggi untuk jumlah yang telah ditetapkan oleh penjual (nelayan).

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa lelongan ini berlaku apabila terdapat barang atau benda yang perlu dijual dalam tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.

Jika anda meminati benda dan barangan tersebut perlu pergi atau mewakilkan seseorang untuk menghadiri sesi lelongan yang akan diadakan di tempat yang telah ditetapkan.

Semasa sesi lelongan, penawar yang berminat perlu membuat tawaran dengan cara memberikan harga yang tertinggi. Penawar yang membuat tawaran tertinggi akan di isytiharkan sebagai pembeli yang berjaya.

Sehingga hari ini lelong telah menjadi satu kaedah atau cara yang paling berkesan untuk melepaskan hak sesuatu barang kepada seseorang yang lain dengan cara paling mudah..

Antara barang yang sering menjadi lelongan pada masa kini terdiri daripada, barang antik, barang kemas, kereta, motor, rumah, tanah, peralatan rumah, barang-barang keperluan dan pelbagai lagi.

Jika anda nak tahu Konsep Lelong dan bagaimana proses Lelongan ini dijalankan sila lihat Video dibawah :


atau klik link dibawah :
=> http://bit.ly/kenalilelong

Diharapkan perkongsian kali ini dapat memberi gambaran awal kepada anda apakah lelong sebenarnya…

Leave a Comment

error: Content is protected !!