Apa itu Rumah Lelong?

Apa itu Rumah Lelong?

apa itu rumah lelong _property-auction

Sebelum ini saya ada kongsikan dengan anda berkenaan Hartanah. Pada hari yang mulia ini saya ingin kongsikan pula dengan anda apa itu rumah lelong?

Apa Itu Rumah Lelong?

Rasanya anda mungkin dah tahu, bahawa Hartanah Lelong adalah apa-apa sahaja hartanah yang akan dijual oleh bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau Tempat Lelongan Awam.

Sepertimana yang pernah saya kongsikan dengan anda berkenaan hartanah. Hartanah disini bukan sahaja terdiri daripada rumah kediaman seperti teres, apartment, atau kondominium tertapi juga terdiri daripada Tanah Kosong, Kilang, Gudang, Office, Kedai, Hotel, Resort dan apa sahaja yang dimaksudkan sebagai hartanah boleh dilelong.

Definisi mudah bagi rumah atau hartanah lelong ini adalah hartanah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (tuan rumah) gagal untuk membuat pembayaran pinjaman bulanan untuk suatu tempoh yang dipersetujui semasa perjanjian dibuat.

Pihak bank akan melakukan lelongan dan pada kebiasaannya harga yang ditawarkan adalah dibawah daripada Market Value (MV). Harga yang ditawarkan untuk lelongan oleh pihak bank ini dikenali sebagai Reserve Price (RP).

Harga reserve yang ditawarkan ini akan berubah sekiranya pada hari lelong ada lebih dari seorang pembeli (pembida) yang berminat dengan rumah lelong yang sama.

Secara mudahnya, proses penjualan hartanah lelong ini berlaku di mana sekumpulan pembeli datang bersama-sama untuk membuat tawaran dan membuat bidaan harga. Penjualan hartanah ini terhenti apabila adanya pembida yang membuat tawaran tertinggi dan setelah tukul dijatuhkan pembida tersebut akan di isytiharkan sebagai pembeli yang berjaya.

Dibawah ini saya sertakan satu video hartanah lelong khusus untuk anda. Semoga ianya dapat memberikan gambaran kepada anda bagaimana lelongan rumah berlaku.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment

error: Content is protected !!