Apa Beza Harga Rizab dan Harga Pasaran?

Salam keceriaan pelawat setia zonlelong.

Ingat lagi tak perkongsian saya dengan anda sebelum ini. Jika sebelum ini saya ada kongsikan beli rumah lelong dengan harga reserve dan apa itu harga rizab. untuk hari ini saya akan kongsikan apakah perbezaan antara Harga Rizab (Reserve Price) dengan Harga Pasaran (Market Price).

Beza Harga Rizab dan Harga Pasaran

Untuk pengetahuan anda, Harga Pasaran adalah harga sesuatu hartanah atau rumah mengikut kepada nilai terkini pada masa kini. Harga Pasaran juga dikenali sebagai Nilai Pasaran Terbuka (*OMV) iaitu harga sesuatu hartanah yang telah dinilai oleh Penilai berlesen (valuer).

*OMV : Open Market Value

Nilai pasaran ini kebiasaanya dibuat berdasarkan kepada kaedah perbandingan dengan urus niaga hartanah yang terkini dan serupa dalam sesuatu kawasan yang sama atau berhampiran dengannya.

Apa beza harga rizab dan harga pasaran?

Oleh itu, dapat diringkaskan bahawa harga pasaran adalah harga terkini yang ditentukan berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh panel penilai berdaftar yang telah dilantik oleh pihak bank.

Manakala harga rizab pula adalah harga terendah yang biasanya pihak bank tetapkan bergantung kepada harga pasaran hartanah terkini.

Untuk menentukan harga rizab ini, pihak bank biasanya akan merujuk kepada penilai berdaftar (Valuer) untuk tentukan dulu nilai rumah terkini dan nilai jualan paksa (Forced sale value). Ini adalah Istilah yang biasa digunakan untuk penilaian sesuatu hartanah sebelum rumah dilelong.

Pihak bank juga akan tetapkan harga rizab mengikut kepada harga yang difikirkan patut dan bertepatan dengan tunggakan yang perlu dijelaskan oleh pihak peminjam. Kaedah dan penentuan harga rizab yang lebih tepat adalah bergantung kepada cara dan sistem dari pihak bank sendiri.

Kesimpulannya, harga rizab tetap ditentukan oleh Penilai berdaftar mengikut kepada arahan yang diberikan oleh pihak bank. Ini kerana, pihak bank akan melantik penilai untuk mendapatkan harga pasaran semasa dan Forced sale value untuk memastikan harga rizab yang akan ditetapkan nanti adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

Sekian perkongsian ringkas dari saya…

Moga bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment

error: Content is protected !!