Tunda Beli Rumah Baru

Tunda Beli Rumah Baru ;

Berita ini sebenarnya dah disiarkan pada bulan October tahun 2015 yang lepas. Melalui berita ini akan mendedahkan kepada anda beberapa perkara berkenaan pasaran hartanah pada masa kini dan akan datang.

Anda boleh baca petikan berita yang saya sediakan dibawah.

Kuala Lumpur: Pada masa kini, pembelian rumah dianggap sebagai perkara yang perlu dielakkan oleh kebanyakan individu memandangkan keadaan ekonomi tidak stabil.

Namun, ada pihak yang berpendapat walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, ia bukan penghalang untuk membeli atau melakukan pelaburan dalam hartanah.

” Tunda Beli Rumah Baru ”

Tunda Beli Rumah Baru - Berita

Mengulas mengenai situasi ini, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menyarankan kepada orang ramai untuk menangguhkan pembelian hartanah sehingga akhir tahun ini.

Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong berkata, jika pembeli mempunyai kemampuan pihaknya mengesyorkan untuk membeli rumah atau hartanah berbentuk sekunder.

Katanya, ramai bakal pembeli kediaman tidak menyedari perkara ini dan sebaliknya mengeluh mengenai harga hartanah baru yang semakin meningkat.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, saya menasihatkan supaya niat untuk membeli kediaman ditangguhkan kerana dijangka peluang akan lebih terbuka pada tahun depan.

“Namun, orang ramai masih boleh mempertimbangkan untuk membeli hartanah yang sekunder atau ‘subsale’ yang harganya lebih berpatutan,” katanya.

Menurutnya, HBA menjangkakan tahun depan juga adalah masa yang sesuai untuk pasaran hartanah sekunder dan lelong.

Chang berkata, lebih baik untuk orang ramai mengelak daripada membuat pembelian rumah yang baharu kerana harga bagi rumah baharu lebih tinggi dan ia dikawal oleh pemaju.

“Secara umumnya, pembeli mempunyai anggapan bahawa harga hartanah akan terus meningkat. Malah pemaju juga mengatakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk memiliki hartanah kerana harga akan meningkat.

“Tetapi perlu diingat, kita mempunyai banyak jualan hartanah sekunder dan terdapat laporan yang mengatakan bahawa tawaran rumah lelong juga dijangka meningkat tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pasaran hartanah sekunder di negara ini berpotensi besar kerana harga kediaman adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding rumah baharu.

Sumber diambil dari www.hmetro.com.my. Artikel ini disediakan oleh Sri Ayu Kartika Amri dan disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015

Jangan Terpedaya Harga Murah

Jangan Terpedaya Harga Murah!!!

Sambungan dari sini.

Maaf sebab lambat publishkan satu lagi keratan akhbar dari sinar harian.

Melalui keratan ini, ada dapat ketahui beberapa tip dan panduan rumah lelong.

Anda boleh baca jawapan ringkas yang dapat saya kongsikan melalui soal jawab dari wartawan Nor Atieyah Yusoff.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Isnin (18-07-2016) : SEHINGGA kini rumah lelong masih menjadi tarikan utama masyarakat. Namun perlu ditegaskan pembelian rumah tersebut tetap mempunyai risiko tinggi terutamanya kepada pembeli baharu.

Dinasihatkan pembeli agar mempunyai ilmu dan asas mengenai rumah lelong walaupun harganya dijual lebih rendah daripada pasaran.

Ikuti tip dikongsi Muhd Firdaus Zahari.

Jangan Terpedaya Harga Murah - sinar-harian_18-july-2016_02

” Jangan Terpedaya Harga Murah ”

Terlibat secara langsung dalam pembelian rumah lelong, apakah kriteria perlu pembeli lakukan sebelum membeli?

Read more

Peranan Perunding Rumah Lelong

Peranan Perunding Rumah Lelong

Peranan Perunding Rumah Lelong / Hartanah

Rasanya dah lama tak masukan artikel baru di web ni.

Hari ini saya nak kongsikan dengan anda satu wawancara yang telah dimuatkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 18-07-2016.

Semoga soal jawab ini dapat berikan anda beberapa info dan makluman tentang hartanah & rumah lelong.

Diharapkan juga, wawancara dalam akhbar ini dapat dijadikan sebagai satu profil untuk anda kenali saya dan zonlelong.

.

BERMULA secara tidak sengaja, Muhd Firdaus Zahari, 30, sebenarnya kurang berminat dengan bidang hartanah kerana belum jelas dengan potensi bidang tersebut.

Pada awalnya, dia melihat bidang itu tidak memberi sebarang kelebihan kepadanya namun segalanya berbeza setelah terlibat secara langsung dalam hartanah.

“Atas desakan rakan, saya melibatkan diri dalam bidang ini dan mendapati potensi cukup luas sekiranya ia diterokai lebih mendalam.

“Apabila memasuki bidang hartanah, saya mula berkenalan dengan mereka yang lebih awal berkecimpung dan mempunyai pengalaman lama,” katanya.

Malah dia juga tidak menyangka hartanah mempunyai skop lebih meluas dan menjanjikan pulangan lumayan kepada mereka yang berusaha menerokai bidang tersebut.

Peranan Perunding Rumah Lelong - sinar-harian_18-july-2016

PERANAN PERUNDING RUMAH LELONG

Menurutnya, berada dalam bidang itu membolehkan dia melihat banyak kelebihan dan peluang yang ada, tidak semestinya lelongan rumah sahaja.

Read more

Risiko Rumah Lelong

Rasanya ramai yang tahu akan risiko rumah lelong.

Tedapat beberapa risiko lelong yang sangat penting untuk kita ambil tahu dari awal.

Dengan mengetahui risiko ini secara tak lansung kita dapat minimakan dan mengelakan kerugian yang tidak sepatutnya.

Pada hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu keratan akhbar yang saya ambil dari Akhbar Sinar harian (04-April-2016).

Anda boleh baca keratan akhbar yang disediakan dibawah:

Semoga anda didedahkan beberapa risiko yang boleh anda elakan untuk beli rumah lelong lebih awal.

Sinar-harian_4-April-2016_01 - 01 - Risiko Rumah Lelong

Read more

Beli Rumah Lelong

Kenapa anda perlu beli rumah lelong?…

Apa khabar sidang pelawat zonlelong…

Saya doakan hari ini merupakan hari yang penuh dengan kecerian, kegembiraan dan kejayaan untuk anda…

Mudah-mudahan juga, hari ini memberikan anda semangat baru untuk melakukan apa sahaja pekerja dan tugas agar menjadi lebih baik dari sebelumnya…

Ok… Untuk hari ini saya nak berkongsi dengan anda satu berita dari harian metro…

[- BELI RUMAH LELONG -]

Mentor hartanah @ Icon Hartanah yang berpengalaman dan pakar dalam bidang ini berkongsi dengan anda berkenaan pasaran hartanah lelong masa kini…

Jika anda belum membacanya boleh la baca dibawah…

beli rumah lelong berita_v2

Sepertimana yang anda tahu…. Ekonomi sekarang kurang stabil…
Rasanya anda lebih tahu…

Begitu juga dengan pasaran hartanah.. Anda pasti tahu harganya sentiasa meningkat setiap tahun..
Kalau lihat kepada hartanah-hartanah @ rumah-rumah baru dibina, harga kebanyakannya lebih dari RM300,000 ke atas…

Tapi dalam lelong… Anda masih berpeluang untuk dapat rumah 20%-30% lebih rendah dari harga pasaran semasa…

Bahkan ada rumah yang harganya serendah RM10,000 sahaja… Ada 3 bilik dan 2 bilik air…

Bedasarkan kepada berita di atas… Satu perkara yang ingin saya ketengahkan adalah berkenaan dengan PELUANG & PERSEDIAAN…

  • Anda ada PELUANG untuk dapatkan rumah dengan harga murah melalui lelong… TAPI…

  • Anda perlu buat PERSEDIAAN sebelum membeli rumah lelong…

Saya yakin ramai yang ingin membeli rumah… tapi terlalu ramai yang tidak betul-betul sedia..

Apa yang saya perhatikan.. ada segelintir orang diluar yang cepat ambil peluang untuk masuk lelong tapi tiada sebarang persediaan…

Akan tetapi, ada yang masuk lelong sebab nak cuba nasib.. ada juga sebab nampak harga murah terus nak try.. ada juga sebab terikut dengan orang lain yang dah berjaya beli rumah lelong…

Tak kurang juga yang nak tengok-tengok.. Ada juga yang jadikan tempat lelong ini sebagai destinasi pelancongan hartanah… (saje gurau… emm.. tapi rasa cam ada je..)…

Taniah saya ucapkan.. Sebab pantas dan cepat buat tindakan…

Apapun yang saya nak tekankan kat sini adalah dari segi PERSEDIAAN..

Pastikan anda dah betul-betul sedia untuk beli rumah lelong…

Ada deposit tidak bermaksud anda boleh terus masuk lelong…

Anda juga perlu ada ilmu & pengetahuan berkenaan selok-belok dalam lelong..
Dari proses Sebelum nak beli rumah lelong…
Semasa nak beli rumah lelong.. dan
Selepas dah berjaya beli rumah lelong…

Berdasarkan cebisan berita diatas… jika anda bercadang nak beli rumah lelong atau rumah sekunder, pastikan anda dah buat PERSEDIAAN dari awal…

Kalau belum ada modal… mula la menyimpan dari sekarang…
Jika Portfolio tak cantik, susun dan cantikan…

Orang bijak pandai selalu pesan..

“Kita tidak merancang untuk gagal… tapi kita biasanya gagal untuk merancang..”

Akhir kata dari saya… Kalau kalah lelong bukan bermaksud anda kalah selama-lamanya…

Yakinlah!! pasti ada rumah lelong akan datang yang terbaik atau mungkin lebih berbaloi untuk anda…

Jika anda nak tengok senarai rumah lelong terkini anda boleh klik dibawah.
<< Klik sini >>

E-Bidaan Hartanah Lelong (Bid Rumah Atas Talian)

E-Bidaan Hartanah Lelong (Bid rumah lelong atas talian)

E-Bidaan Hartanah Lelong

Salam pelawat zonlelong. Disini saya cuma nak kongsikan dengan anda satu artikel atau berita berkenaan rumah lelong yang berkaitan dengan E-Bidaan Hartanah Lelongan iaitu beli rumah lelong secara online.

Adakah cadangan dan kaedah bid atas talian ini dapat dilaksanakan atau tidak… Emm….

KUALA LUMPUR: Persatuan Pelelong Malaysia Kebangsaan (Nama) yang baru ditubuhkan berpendapat bahawa badan kehakiman memerlukan masa yang lama, sebelum ia boleh melaksanakan lelongan harta tidak alih mahkamah menggunakan bidaan elektronik (e-bidaan).

Presiden pro tem persatuan itu, Shanmughananthan Jeevan menganggarkan yang dari lima hingga 10 tahun diperlukan sebelum isu-isu dan undang-undang boleh dirungkaikan bagi pelaksanaan bidaan atas talian.

Pejabat Ketua Pendaftar baru-baru ini telah diminta untuk menjalankan kajian mengenai e-bidaan dalam lelongan harta tidak alih mahkamah, bagi memastikan supaya adanya lebih banyak keadilan dan ketelusan, berikutan aduan berkenaan manipulasi oleh sindiket-sindiket dan kehadiran kartel dalam lelongan tersebut.

E-Bidaan Hartanah Lelong

(Bida Rumah Lelong Atas Talian).

“Mahkamah Tinggi sedang cuba untuk mengintegrasikan lelongan atas talian [bagi harta tidak alih] tetapi ia tidak mudah untuk dilaksanakan,” jelas Shanmughananthan, yang juga merupakan pengarah urusan Khoshee Auction yang berpangkalan di Pulau Pinang, yang mempunyai sebuah pejabat di Kuala Lumpur.

Read more

Ulat Lelong – Untung Atas Angin

Ulat lelong untung atas angin…

ulat lelong

Ulat Lelong – Untung Atas Angin

Bagi mereka yang pertama kali dalam bidang lelong mungkin tertanya-tanya, bagaimana lelong pun ada ulat. Kebiasaannya kita biasa dengar ulat tiket sahaja. Untuk itu saya ingin kongsikan satu berita dengan anda berkenaan ulat rumah lelong ini.

Kuala Lumpur: Taktik mengaut untung mudah dengan mengambil kesempatan terhadap bakal pembeli rumah bukan saja membabitkan ejen hartanah haram, malah ada yang mengambil kesempatan mengaut untung atas angin dengan menjadi ‘ ulat lelong ’ di mahkamah.

Taktik mereka mudah iaitu cuba berlagak sebagai pembida atau ejen kepada pembida lain dan membuat rundingan kepada mereka yang berminat terhadap hartanah yang dilelong supaya membayar sejumlah wang kepada mereka supaya menarik diri daripada bidaan di mahkamah.

Mereka bergerak dalam kumpulan tertentu yang kebiasaannya lebih lima orang. Operasi mereka mendekati dan memujuk pembida bermula sebaik tempoh masa menghantar draf bank dan borang tamat iaitu pada jam 9.30 pagi sehingga semua lelongan selesai.

Mereka sebenarnya tiada niat mahu membeli hartanah yang dilelong, sebaliknya mengambil kesempatan terhadap pembida terutama mereka yang benar-benar mahu membeli rumah.

Jika sesebuah hartanah yang dilelong itu menjadi sasaran ramai pembida, ‘ ulat lelong ’ mula bertindak sebagai ejen tidak rasmi kepada pembida yang boleh menawarkan pembayaran paling tinggi kepada mereka supaya memujuk pesaing lain termasuk sanggup membayar mereka supaya menarik diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/19

Sumber dari Harian Metro : Klik sini

error: Content is protected !!