Nak Tahu Rumah Lelong, Tanya Pakcik ni…

Anda Nak Tahu Rumah Lelong ?, Tanya Pakcik ni.

Mungkin dah ramai yang tahu cara nak beli rumah lelong.

Tapi tak ramai yang ambil tahu berkenaan risiko rumah lelong.

Ramai diluar lebih suka bercerita yang indah atau kelebihan rumah lelong berbanding risiko yang dihadapi.

Saya bukan ingin takutkan atau menghalang anda dari beli rumah lelong.

Tapi ingin berpesan agar anda tidak tersilap langkah dalam melakukan tindakan dan keputusan.

Saya ingin bertanya dengan anda, tahu beli dengan mengelak dari risiko mana lebih penting?.

Nak Tahu Rumah Lelong

Sebab nak belajar cara beli rumah lelong anda sebenarnya tak perlu pergi jauh-jauh untuk belajar.

Selalu la bertanya dengan pakcik satu dunia. Rasanya anda dah kenal dengan pakcik Google.

Nak Tahu Rumah Lelong?
Tanya je dengan pakcik Google ni.

Bahkan saya sendiri banyak belajar dari pakcik ni.

Buka internet search di google ada banyak sharing & info berkenaan cara beli rumah lelong.

Mungkin tak semua dia dapat jawab.

Tapi saya yakin, dengan gunakan pakcik ni segala yang asas dan basic berkenaan rumah lelong senang untuk kita dapatkan.

Bila dah tahu.

Pasti ada yang berkata.

Mudahnya.

Senang je lelong ni.

Tapi.. Perlu Di ingatkan.

Tahu beli tidak bermaksud anda dah boleh beli lelong.

Dah tahu proses tidak bermaksud anda dah boleh pergi lelong.

Ia juga juga tidak bermaksud anda tak akan rugi bila beli rumah lelong.

Sebab rumah lelong ada risiko & rahsia yang ramai juga orang tertipu dan diperdaya.

Salah satunya mudah teperdaya dengan harga murah.

Jadi kita perlu mengambil tahu akan risiko & rahsia rumah lelong terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Dengan cara ini kita boleh elak kerugian dan lebih mudah untuk beli rumah lelong.

Salah satu risiko yang saya nak kongsikan kat sini adalah berkenaan tempoh pinjaman.

Untuk hartanah lelong, anda ada masa 90 hari @ 120 hari utk selesaikan baki bayaran dengan pihak bank.

Maksudnya… Anda perlu usahakan untuk mendapatkan pinjaman sebelum tempoh masa tersebut.

Jika tidak, anda perlu beli rumah secara tunai @ perlu bayar interes tambahan jika melepasi tempoh tersebut.

Tapi risiko yang paling besar, jika anda tidak dapat lakukan 2 perkara diatas.

Anda berisiko untuk rugi deposit rumah lelong yang anda dah bayar.

Sebab deposit rumah lelong tidak akan dipulangkan semula jika anda gagal jelaskan baki harga belian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Sekian dulu untuk hari ini.

Moga bermanfaat untuk anda.

#Anda dibenarkan untuk share dan forward tip dan info dari channel & Web @zonlelong untuk manfaat bersama dengan syarat tidak mengubah isi kandungan & sumber. Untuk lebih mudah, anda boleh terus klik button share yang disediakan dibawah ni.

Rumah Turun Harga Tahun ni

Betul ke Rumah Turun Harga Tahun ni?

Rumah turun harga - price-fall_ zonlelong

Ramai yang mengeluh kerana harga rumah yang sentiasa naik setiap tahun.

Anda juga mungkin hadapi masalah yang sama..

Kita perlu terima hakikat bahawa harga rumah tidak akan turun sama-sekali.

Sebab harga pasaran (Market value) adalah tetap dan dinyatakan dalam transaksi jualan hartanah terkini. Sangat susah sebenarnya nak jumpa rumah yang turun harga.

Bahkan harga pasaran ini sentiasa dikemaskini hampir setiap hari, selagi mana adanya transaksi jual beli.

Mungkin kita di war-warkan dengan harga rumah akan turun tahun ni.

Rumah Turun Harga Tahun ni atau Tahun Depan?….

Ayat yang selalu kita dengar dari orang yang kita kenal atau tidak.

Disini saya berkongsi bedasarkan pandangan sendiri.

Read more

error: Content is protected !!