Rumah Turun Harga Tahun ni

Betul ke Rumah Turun Harga Tahun ni?

Rumah turun harga - price-fall_ zonlelong

Ramai yang mengeluh kerana harga rumah yang sentiasa naik setiap tahun.

Anda juga mungkin hadapi masalah yang sama..

Kita perlu terima hakikat bahawa harga rumah tidak akan turun sama-sekali.

Sebab harga pasaran (Market value) adalah tetap dan dinyatakan dalam transaksi jualan hartanah terkini. Sangat susah sebenarnya nak jumpa rumah yang turun harga.

Bahkan harga pasaran ini sentiasa dikemaskini hampir setiap hari, selagi mana adanya transaksi jual beli.

Mungkin kita di war-warkan dengan harga rumah akan turun tahun ni.

Rumah Turun Harga Tahun ni atau Tahun Depan?….

Ayat yang selalu kita dengar dari orang yang kita kenal atau tidak.

Disini saya berkongsi bedasarkan pandangan sendiri.

Read more

Dimana Tempat Lelong

Anda nak tahu dimana tempat lelong ke?

Dimana Tempat Lelong ?

Salam keceriaan pelawat zonlelong.

Saya doakan semoga anda terus berjaya dan cermelang dalam apa sahaja bidang yang dilakukan.

Terima kasih kerana masih setia bersama zonlelong.com.

Untuk hari ini saya akan berkongsi dengan anda Dimana Tempat Lelong.

Dimana Tempat Lelong

Mungkin ada yang tahu yang lelong ni akan diadakan di Mahkamah. Tahukah anda saya pernah berjumpa beberapa orang klien saya yang memberitahu bahawa lelongan ini hanya diadakan di hotel atau pejabat pelelong sahaja dan tidak pernah tahu pasal lelongan di mahkamah.

Namun, ada juga yang beritahu saya bahawa tahu berkenaan lelongan mahkamah tapi tidak tahu pula tentang lelongan di pejabat pelelong atau dewan lelongan. Apa yang pasti, kita hanya mengetahuinya apabila diberitahu atau mendapat tahu dari orang lain.

Sebenarnya setiap orang adalah sama. Sama juga seperti saya, saya pada mulanya tidak pernah tahu lansung apa itu lelong dan bukan sahaja tidak tahu tempat dan lokasi diadakan lelongan ini.

Serba sedikit tentang permulaan saya. Saya mengenali Kerjaya lelongan ini pada pertengahan tahun 2010. Pada masa tu saya tengah buat kerja Part Time merangkap Full Time iaitu Banci Penduduk 2010.

Masa tengah buat banci dulu, saya bertemu dengan seorang kenalan baru, dan dari kenalan baru itu telah menemukan saya dengan sahabatnya yang menjadi titik tolak kepada permula saya mengenali hartanah lelong.

Apa yang boleh saya beritahu, hartanah lelong adalah sesuatu yang unik dan lain dari yang lain. Bagi saya, rumah lelong atau hartanah lelong sangat berbeza jika ingin bandingkan dengan hartanah subsale (2nd hand) atau hartanah daripada pemaju (under-con).

Mengapa saya berkata begitu? Sebab dari bidang hartanah lelong membawa satu berubahan & pengalaman yang cukup beharga bagi saya. Jika dulu saya lebih banyak belajar dan didedahkan dengan teori sahaja, tapi kini setiap ilmu dan pengetahuan saya perolehi melalui praktikal.

Saya dapat belajar untuk kenal jenis-jenis hartanah dengan lebih mudah… Sebab ada pelbagai jenis rumah dan hartanah yang dilelong.

Daripada lelong saya dapat belajar untuk mengenali jenis-jenis geran / title atau kategori hakmilik tanah.

Daripada lelong juga saya dapat belajar untuk mengenalpasti lokasi-lokasi hatanah yang popular dan hot..

Selain itu, saya dapat tahu harga pasaran terkini untuk satu-satu kawasan dengan lebih mudah.

Apa yang pasti teori dan praktikal adalah sangat-sangat berbeza.
Op… Sorry…
Saya sebenarnya tak mahu cerita tentang diri saya. Disini saya nak kongsikan dimana tempat lelongan dijalankan kepada anda. Rasa tadi macam dah lari tajuk je.Dibawah ni saya kongsikan beberapa gambar suasana lelong yang pernah saya ambil masa lelong…
dimana tempat lelong 2

dimana tempat lelong 5

dimana tempat lelong 6

dimana tempat lelong 7

Lelongan Di Hotel / Dewan Lelongan
dimana tempat lelong 3

dimana tempat lelong 4

Lelongan Di Pejabat Pelelong
dimana tempat lelong 8
Lelongan Di Luar Mahkamah

Sorry kalau gambar semua dari belakang. Mana la tahu kalau-kalau lentak gambar yang nampak muka tak pasal-pasal ada orang marah pulak nanti.

Jika anda lihat, lelong bukan hanya dibuat di satu tempat saja. Ada yang dibuat di mahkamah, pejabat tanah, hotel, pejabat, dewan, dan lain-lain. Kepelbagaian tempat ini bergantung kepada jenis lelongan, siapa yang melelong, dan sebab dilelong.

Sebenarnya masih banyak lagi tempat lelongan, lebih-lebih lagi dalam bandaraya Kuala Lumpur yang mempunyai lebih dari 100 Pelelong sama ada dari individu secara persendirian atau dari syarikat yang berdaftar.

Ok… Sekian Perkongsian saya untuk hari ni…

Semoga perkongsian ini mendedahkan kepada anda dimana tempat lelong.

Beli Rumah Lelong Hangus Duit

Salam maju jaya untuk semua…. Beli Rumah Lelong Hangus Duit, Betul ke?

Beli Rumah Lelong Hangus Duit

Rumah Lelong Hangus Duit

Untuk hari yang mulia ini saya nak kongsikan dengan anda satu pengalaman lelong dengan anda…

Mungkin ada diantara anda yang membaca posting saya ini pernah pergi ke lelongan atau mungkin anda sendiri pernah membeli hartanah lelong…

Taniah saya ucapkan jika anda telah berjaya mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan awam…

Sepertimana tajuk diatas, saya ingin berkongsi dengan anda tentang hartanah atau rumah lelong yang jadi semakin mahal… betul ke? mungkin ada yang tak percaya…. mungkin ada yang memberi jawapan…

Bukan ke rumah lelong ni lebih murah dari biasa?.. Memang betul.

Tapi ingin saya ingatkan…. Dalam hartanah lelong, setiap hartanah akan dijual dengan harga tertinggi mengikut kepada tawaran yang dibuat oleh para Pembida (pembeli) yang ingin membeli rumah yang sama. Secara tak lansung, setiap pembida akan menaikkan harga untuk memastikan rumah tersebut berjaya dibeli oleh mereka..

Apa yang pasti hanya akan ada seorang pembeli yang berjaya dan mendapatkan rumah tersebut..

Read more

error: Content is protected !!