Malam-Malam Terakhir Ramadhan

Salam ceria dan salam maju jaya…

Saya doakan anda dan keluarga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah…

Alhamdulillah… Masuk hari ini sudah 27 hari kita berpuasa dan kini tinggal kurang 3 hari sahaja lagi untuk kita sama-sama rebut pahala dan ganjaran-ganjaran yang telah dijanjikan oleh yang maha Esa.

Saya doakan.. khusunya saudara seagama semoga sama-sama berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar…

malam-malam terakhir ramadhan doa-malam-al-qadar

Sempena hari-hari terakhir dan malam-malam terakhir ramadhan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada salah dan silap.. dalam sedar atau tidak..

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaafkan semua orang yang berada disekeliling saya.. sama ada dekat atau jauh.. kenal atau tidak…  Semoga kita semua mendapat pengampunan dari segala dosa yang telah lalu…

Insya’Allah…

Ikhlas dari;
Admin Zonlelong

Pengenalan Zonlelong

Salam Pengenalan Zonlelong…

cropped-zonlelong_logo Pengenalan Zonlelong

Semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah menjadi RM100,000.

Perbezaan harga cukup ketara untuk hartanah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar hartanah turun harga secara mendadak. Pasti jarang berlaku.

Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah jangan lepaskan peluang untuk membeli Hartanah Lelong. Sudah pasti dengan hartanah lelong anda dapat jimat sehingga 20%-50% dari harga pasaran semasa.

Tapi harus di ingat, tidak semua yang membeli Hartanah Lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Hartanah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang memasuki lelong membida mengikut perasaan hingga lupa kepada kemampuan sendiri. Terdapat juga mereka-mereka yang membeli Hartanah Lelong secara melulu, hanya sekadar untuk mencuba tanpa mengetahui selok belok dalam Hartanah Lelong.

Read more

error: Content is protected !!