Beli Rumah Lelong Dengan Harga Reserve

Anda berpeluang beli rumah lelong dengan harga reserve jika…..

Salam hormat sidang pembaca…

Saya doakan agar anda yang sedang membaca ini sentiasa sihat dan berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi.

Tahukah anda?

Anda sebenarnya boleh Beli Rumah Lelong Dengan Harga Reserve.

beli rumah lelong dengan harga reserve

Untuk hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkenaan Reserve Price atau Harga Rizab. Jika anda dah berada dalam dunia lelong mungkin anda telahpun tahu. Namun, jika anda masih baru, anda boleh baca coretan ini untuk rujukan dan info bagi anda.

Sebelum saya teruskan, anda perlu tahu satu istilah yang digunakan dalam lelong. Jika anda telah daftarkan diri sebagai pembeli, anda akan dipanggil sebagai Penawar atau Pembida. Ini istilah biasa bagi seseorang yang ingin membuat pembelian melalui lelongan.

Ok… Harga Rizab ni sebenarnya adalah harga terendah untuk sesuatu hartanah yang boleh dijual oleh pihak bank dalam keadaan yang khusus.

Contohnya, Pelelong akan memulakan proses lelongan dengan harga yang tidak kurang atau sama dengan Harga Rizab yang telah dicatitkan dalam perisytiharan jualan (surat jualan lelong). Dalam versi english disebut Proclamation Of Sale.

Pada hari lelong dijalankan, sekiranya terdapat lebih dari satu penawar (pembida) yang ingin membeli rumah yang sama. Pihak pelelong akan memulakan lelongan dengan harga rizab dan setiap penawar perlu menawarkan harga lebih dari harga rizab dan tidak boleh kurang.

Namun begitu, jika anda berpeluang membeli rumah lelong dan semasa hari lelongan tersebut hanya anda seorang sahaja yang hadir… maka anda boleh beli Rumah Lelong dengan Harga Reserve.

price-fall_rumahlelong-beli-rumah-lelong-dengan-harga-reserve

Kadang-kala dalam lelong, terdapat rumah lelong yang tidak terjual pada tarikh dan masa lelong yang telah ditetapkan. Ini terjadi kerana tiada pembida yang mendaftar untuk membeli rumah lelong tersebut. Akibatnya, rumah tersebut akan dilelong semula pada tarikh lelongan yang baru dan harga rizabnya akan dikurangkan sebanyak 10% dari harga rizab sebelumnya.

Tapi anda juga perlu tahu, tidak semua rumah lelong yang dilelong kembali akan dikurangkan harganya. Ada sebab-sebab tertentu pihak bank @ pelelong menggunakan harga reserve asal.

Sekian untuk hari ini, nantikan perkongsian lain dimasa yang akan datang.

KLIK SINI jika anda ingin dapatkan lebih banyak info, tip & panduan rumah lelong.

error: Content is protected !!