Ramai juga yang pernah tanya saya, berapa harga rumah yang layak saya beli…

“Kalau gaji saya RM______ berapa harga rumah yang layak saya beli?”

Hari ini saya akan kongsikan 2 cara yang boleh anda gunakan untuk buat anggaran harga rumah yang boleh anda beli.

Harga Rumah Yang Layak saya beli

CARA 1:

Ketahui DSR anda.

DSR (Debt Service Ratio) ini adalah jumlah komitmen anda yang terkini dibahagikan dengan jumlah gaji/pendapatan bersih bulanan anda.

Selain itu ada juga gelaran lain seperti Debt Ratio/Debt Burden Ratio (DR) atau melayunya Nisbah Tanggungan Hutang anda. Ianya beri maksud yang sama.

Ok. DSR ini adalah kadar peratus (%) yang telah bank tentukan dari awal untuk menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman rumah mengikut kepada harga rumah yang anda ingin beli. Kadar had % DSR bagi setiap bank adalah berbeza. Namun kebiasaanya adalah dalam lingkungan 60%-70% dari had pendapatan bulanan anda.

Misalnya ada bank yang letakan had 60% untuk anda yang berpendapatan RM3000 kebawah. Jika pendapatan lebih RM3000 ada bank bagi maksimum DSR sehingga 70%. Ada juga sesetengah bank yang berikan had DSR sehingga 80%.

Format kira-kira untuk DSR adalah seperti dibawah:

(Bayaran bulanan rumah yang anda ingin dibeli + komitmen sedia ada dengan bank) / pendapatan bersih x 100%

Sebelum anda ingin buat kira-kira ini. Anda perlu kenal pasti dulu berapa harga rumah yang ingin anda beli.

Secara mudahnya anda boleh buat kira-kira seperti contoh kat bawah ni..

Katakanlah gaji bulanan anda dalam RM3000 sebulan.

Pastikan ianya adalah gaji bersih. Iaitu pendapatan bulanan yang anda  dapat setiap bulan selepas ditolak bayaran tetap seperti EPF, SOCSO, Income Tax, DLL.

Katakanlah harga rumah yang ingin anda beli adalah RM150,000.
Bayaran bulanan untuk rumah ini katakan RM800 sebulan.

Contoh 1: ANDA LAYAK jika

Katakan komitmen pinjaman anda sekarang:
1) Pinjaman kereta = RM400 sebulan
2) Pinjaman loan = RM200 sebulan

(RM800 + RM400 + RM200) / RM3000 x 100% = 46.6%

DSR anda dibawah 60%. Maksudnya harga rumah yang layak dan mampu untuk anda lakukan adalah serendah 800 sebulan untuk rumah harga RM150,000.

Contoh 2: ANDA TAK LAYAK jika

Katakan komitmen pinjaman anda sekarang:
1) Pinjaman kereta = RM700 sebulan
2) Pinjaman loan = RM500 sebulan
3) Pinjaman kredit kad = RM200 sebulan

(RM800 + RM700 + RM500 + 200) / RM3000 x 100% = 70.3%

DSR anda dah lebih dari 60%. Maksudnya anda tidak mampu untuk membuat bayaran 800 sebulan untuk beli rumah harga RM150,000.

Jadi anda perlu usahakan untuk kurangkan komitment bulanan atau cari harga rumah yang beharga bawah dari RM150,000.

CARA 2 :

Ketahui Had Maximum Komitment Bulanan Anda.

Lebih kurang sama dengan kat atas.. Cuma kali ini kita buat kira-kira yang lebih cepat dan mudah.

Format mudahnya;

(Pendapatan bersih anda – komitment bulanan) x DSR

Kita ambil contoh yang sama..
Katakanlah gaji bulanan anda dalam RM3000 sebulan.

Katakan komitmen pinjaman anda sekarang:
1) Pinjaman kereta = RM700 sebulan
2) Pinjaman loan = RM500 sebulan
3) Pinjaman kredit kad = RM200 sebulan

Cth 1: (RM3000 – RM400 – RM200) x 60% = RM1,440

Cth 2: (RM3000 – RM700 – RM500 – RM200) x 60% = RM960

Bedasarkan kepada kira-kira diatas. Secara tak lansung anda dah kenal pasti kelayakan pinjaman bulanan yang boleh anda buat setiap bulan. Anda boleh buat carian harga rumah yang sesuai dengan komitment anda sekarang.

Anda boleh follow jadual bayaran bulanan mudah dibawah untuk rujukan anda. (Ini adalah jadual bayaran bulanan untuk interes 6%. Kadar interes setiap bank adalah berbeza. Sila rujuk institusi pinjaman pilihan anda untuk lebih lanjut.)

Loan Amount (RM) 5 Years 10 Years 15 Years 20 Years 25 Years 30 Years
Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan Bayaran Bulanan
20,000 392 228 175 150 136 128
25,000 490 285 219 188 170 160
30,000 588 342 263 225 204 192
35,000 686 399 307 263 239 224
40,000 785 456 351 301 273 256
45,000 883 513 394 338 307 287
50,000 981 570 438 376 341 319
55,000 1,079 627 482 413 375 351
60,000 1,177 684 526 451 409 383
65,000 1,275 741 570 488 443 415
70,000 1,373 798 614 526 477 447
75,000 1,471 855 657 564 511 479
80,000 1,569 912 701 601 545 511
85,000 1,667 969 746 639 579 543
90,000 1,765 1,027 789 676 613 575
95,000 1,863 1,084 833 714 647 607
100,000 1,961 1,141 877 751 681 639
150,000 2,942 1,711 1,315 1,127 1,022 958
200,000 3,923 2,281 1,753 1,503 1,363 1,277
250,000 4,903 2,851 2,192 1,879 1,704 1,597
300,000 5,883 3,422 2,630 2,254 2,044 1,916
350,000 6,865 3,992 3,068 2,630 2,385 2,235
400,000 7,845 4,562 3,506 3,006 2,726 2,555
450,000 8,826 5,133 3,945 3,381 3,067 2,874
500,000 9,807 5,703 4,383 3,757 3,407 3,193
550,000 10,788 6,273 4,821 4,133 3,748 3,513
600,000 11,767 6,843 5,260 4,509 4,089 3,832
650,000 12,748 7,414 5,697 4,885 4,430 4,151
700,000 13,729 7,984 6,136 5,260 4,770 4,471
750,000 14,710 8,554 6,575 5,636 5,111 4,790
800,000 15,690 9,125 7,013 6,012 5,452 5,109
850,000 16,671 9,695 7,451 6,388 5,792 5,429

Untuk contoh 1 diatas, dengan DSR RM1,440 sebulan maka harga rumah yang layak anda beli adalah dalam lingkungan RM200,000.

Bedasarkan contoh 2, dengan komitment yang sedia ada, anda masih boleh beli rumah dengan harga bawah RM150,000 sahaja.

Secara rumusannya, semakin rendah DSR anda, semakin cerah peluang untuk anda mendapat pinjaman. Seandainya anda tergolong dalam golongan yang mempunyai komitmen tinggi, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan supaya dapat membantu meyakinkan pihak bank bahawa anda mampu untuk buat bayaran bulanan.

Antara dokumen sokongan yang boleh anda sertakan untuk mohon pinjaman adalah:

1. Buku simpanan ASB
2. Akaun simpanan bank (yang lain)
3. Akaun Simpanan Tabung Haji
4. Akaun Simpanan Emas/Perak
5. Penyata akaun simpanan unit amanat (unit trust)
6. Tenancy Agreement (rumah sewa)
7. atau lain-lain dokumen sebagai bukti pendapatan sampingan anda

Sila ambil perhatian bahawa ini hanya sekadar rujukan kasar dan TIDAK harus diambil sebagai panduan muktamad untuk permohonan pinjaman anda. Ini kerana setiap bank mempunyai polisi dan cara pengiraan yang berbeza. Walauapapun ianya adalah kiraan secara general supaya mudah untuk anda buat persediaan awal.

Semoga perkongsian diatas dapat bantu anda membuat semakan berapa harga rumah yang layak dan sesuai untuk anda beli.

Leave a Comment

error: Content is protected !!