Hartanah lelong adalah salah satu cabang besar daripada lelong.

Sebab ruang lingkup lelong sangat besar. Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini berkenaan apa itu lelong?.

Untuk hari ini saya ingin kongsikan pula apa itu hartanah. Bila sebut sahaja hartanah, kita sebenarnya dah boleh gambarkan bentuknya.

Dan kebiasanya kita akan mengambarkan ianya adalah sebuah rumah sama ada teres, banglow, flat atau apartment. Atau Mungkin anda sebenarnya lebih tahu apa itu hartanah sebenarnya.

Apa Itu Hartanah Lelong?

Apa itu Hartanah Lelong

Tahukah anda, Hartanah ini mempunyai ruang lingkup yang cukup luas. Hartanah disini bukan sahaja merangkumi rumah tetapi juga boleh terdiri daripada apartment, kondo, tanah kosong, kedai, pejabat, kilang dan apa sahaja benda yang dilekatkan di atas tanah akan dianggap sebagai hartanah.

Menurut Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 65), Seksyen 5, tanah didefinisikan sebagai:

  1. Mukabumi dan semua benda-benda yang menjadikan mukabumi itu;
  2. Tanah dibawah mukabumi dan semua benda-benda yang terkandung di dalamnya;
  3. Semua tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada memerlukan penggunaan tenaga terhadap pengeluarannya atau tidak, dan sama ada di atas atau di bawah mukabumi itu;
  4. Semua benda yang terlekat pada tanah bumi atau dilekatkan selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada muka bumi, sama ada di atas atau di bawah mukabumi itu; dan
  5. Tanah yang diliputi air.

Hartanah juga adalah pecahan kepada harta & tanah. Iaitu harta adalah sesuatu yang bernilai dan beharga, manakala tanah pula mengambarkan kepada tapak atau tanah itu sendiri.

Apabila digabungkan, akan memberi maksud tapak atau sesuatu tanah yang memberikan nilai dan beharga.

Saya harap anda tidak pening dengan definisi diatas, apa yang penting anda dapat melihat hartanah ini dari sudut yang lebih luas… Apa sahaja kegunaan hartanah sama ada kosong atau ada bangunan adalah dianggap sebagai hartanah…

Oleh itu, didalam hartanah lelong, Ada pelbagai jenis hartanah yang akan dan bakal dilelong. Ianya tidak terhad kepada rumah sahaja tetapi juga boleh terdiri dari Tanah, Pejabat, Kedai, Kebun dan lain-lain.

Leave a Comment

error: Content is protected !!