Tahukah anda, semakin hari semakin banyak rumah & hartanah mewah kena tukul.

Hartanah Mewah Kena Tukul

Jika diperhatikan banyak rumah dan hartanah yang beharga lebih RM500,000 yang sering dilelong dari hari ke hari.

Bedasarkan kepada petikan dari Focus Malaysia.

Saya cuba rumuskan untuk berkongsi dengan anda berkenaan perkara ini.

Beliau menjelaskan, penawaran lelong dalam sektor hartanah mewah pada masa kini semakin meningkat jika dibandingkan tahun-tahun sebelum.

Dua tahun lalu, pasaran lelong rumah yang beharga satu juta ringgit hampir tidak pernah kita dengar. Tetapi pada hari ini terdapat banyak tawaran rumah dan hartanah ditawarkan untuk dilelong.

Jadi mengapa hartanah mewah begitu banyak akan di bawah tukul?

Apabila ramai pembeli tempatan yang mengambil kesempatan daripada skim yang ditawarkan oleh pemaju perumahan. Lebih-lebih lagi adanya imbuhan dan diskaun untuk setiap hartanah yang ditawarkan menjadikan ramai yang mengambil peluang untuk membeli hartanah mewah ini.

Namun, tidak ramai yang betul-betul mengambil kira berkenaan pulangan dan bayaran balik yang perlu mereka jelaskan setiap bulan. Selain itu, yuran penyelenggaraan seperti condominium atau hartanah mewah yang lain adalah lebih tinggi berbanding hartanah sebelum ini.

Perkara-perkara ini boleh menjadi penyebab kepada risiko berlakunya sesebuah hartanah mewah itu makim banyak dijual secara lelongan.

Tuan haji Ishak Ismail, CEO IM Global Property Consultants Sdn Bhd memberitahu Focus Malaysia, perkara ini juga terjadi apabila¬† kuasa peganggan di kalangan pembeli yang semakin lemah. “Nampaknya terdapat perubahan dari segi permintaan dan penawaran dalam segmen hartanah mewah, ini menyumbang kepada peratusan yang lebih besar ke arah lelongan berbanding sebelum ini,” katanya. –

Lihat sumber asal disini : http://focusmalaysia.my

Leave a Comment

error: Content is protected !!