Salam Pengenalan Zonlelong…

cropped-zonlelong_logo Pengenalan Zonlelong

Semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah menjadi RM100,000.

Perbezaan harga cukup ketara untuk hartanah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar hartanah turun harga secara mendadak. Pasti jarang berlaku.

Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah jangan lepaskan peluang untuk membeli Hartanah Lelong. Sudah pasti dengan hartanah lelong anda dapat jimat sehingga 20%-50% dari harga pasaran semasa.

Tapi harus di ingat, tidak semua yang membeli Hartanah Lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Hartanah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang memasuki lelong membida mengikut perasaan hingga lupa kepada kemampuan sendiri. Terdapat juga mereka-mereka yang membeli Hartanah Lelong secara melulu, hanya sekadar untuk mencuba tanpa mengetahui selok belok dalam Hartanah Lelong.

Pengenalan Zonlelong..

cropped-zonlelong_logo Pengenalan Zonlelong

Oleh itu, kami ingin berpesan kepada anda supaya memahami selok-belok dalam hartanah lelong sebelum bermula untuk membeli melalui lelongan. Anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan persediaan dari segi kos dan kemampuan anda sebelum membeli. Bukan semua hartanah lelong boleh dibeli. Sekiranya anda perasan harga yang di iklankan sangat murah, jangan mudah terpedaya. Kemungkinan tunggakan dari pemilik lama melebihi kemampuan anda dan tidak pula ditanggung oleh pihak bank.

Pada hari ini, ramai yang ingin membeli Hartanah Lelong dengan tujuan yang tersendiri. Ada yang membeli Rumah Lelong untuk rumah pertama, untuk rumah kedua, untuk anak, untuk keluarga, untuk hadiah, untuk pelaburan, untuk simpanan eset dan pelbagai tujuan yang lain. Tapi tujuan anda mungkin sukar untuk dicapai sekiranya tiada sumber untuk mendapatkan Rumah-rumah atau Hartanah untuk dibeli.

Dengan itu, pihak kami berusaha untuk mendapatkan senarai terkini hartanah lelong untuk diletakkan disini. Diharapkan senarai yang dipaparkan dapat memberikan manfaat kepada anda, sama ada untuk pelaburan atau sebaliknya.

Bagi sesiapa yang ingin membeli dan mendapatkan Rumah melalui Lelongan hartanah boleh hubungi kami. Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan lelongan dari segi rundingan dan nasihat sebelum, semasa, dan selepas lelong. Kami akan membantu anda untuk mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan hartanah serta membuat pilihan hartanah yang terbaik.

Pihak kami juga sangat mengalu-alukan kepada mana-mana pelabur yang ingin mengunakan perkhidmatan kami untuk membantu anda menjana pendapatan pasif setiap bulan dan seteruskan memberikan kebebasan kewangan. Matlamat kami adalah untuk membantu anda dengan memberikan nilai potensi terhadap hartanah lelong yang dipilih dan memberikan nilai tambah terhadap hartanah yang telah dimiliki.

Leave a Comment

error: Content is protected !!