Anda perlu tahu, setiap rumah dan hartanah yang akan dilelong mempunyai dokumen POS & COS sendiri. Jika anda belum kenali apa itu POS dan COS ini, kami akan kongsikan dengan anda secara ringkas apakah dokumen penting ini.

Apa Itu POS – COS ni?

contoh-pos

POS adalah singkatan daripada perkataan Proclamation Of Sale (Periystiharan Jualan) iaitu surat jualan yang mengesahkan hartanah tersebut akan dilelong pada tarikh yang telah ditetapkan. Dalam POS ini, anda boleh dapatkan maklumat penting berkenaan rumah atau hartanah yang akan dilelong.

Antara maklumat penting yang terdapat dalam POS ini adalah seperti;

  • Tarikh
  • Masa lelongan
  • Lokasi lelongan
  • Harga Reserve (Rizab) Harga buka lelong
  • Alamat rumah / hartanah lebih tepat
  • No title/geran,
  • Luas rumah / hartanah
  • Jenis rumah / hartanah
  • Jumlah deposit
  • Nama bank
  • Nama pelelong
  • Nama peminjam asal
  • Tempoh bayaran baki harga lelong
  • dan lain-lain maklumat penting untuk pelaksanaan lelong.

contoh-cos

COS pula adalah singkatan daripada perkataan Condition Of Sale (Syarat-syarat Jualan). COS ini akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong. Syarat dan terma lelong bagi setiap rumah lelong adalah berbeza. Biasanya ada lebih 3 (page) muka surat berkenaan syarat & terma ini.

Anda juga perlu dapatkan COS ini untuk memastikan segala hiden kos (kos tersembunyi) yang terdapat pada rumah lelong ini dapat di elak dan diambil tahu lebih awal. Secara tidak lansung, anda dapat meminimakan sebarang risiko pembelian lelong lebih awal.

Sebelum anda buat tempahan P.O.S & C.O.S ini.

Anda perlu patuhi 3 Perkara penting dibawah.

  1. Pastikan Tarikh lelong belum lepas dan sebaiknya anda masih ada masa atau selewatnya 2 hari sebelum dari tarikh lelong yang di iklankan. Proses untuk mendapatkan P.O.S & COS ini mengambil masa 24 Jam atau selewatanya 48 jam.
  2. Tiada bayaran balik untuk sebarang tempahan dan pembayaran yang telah anda lakukan melalui web ini.
  3. POS atau COS ini akan dihantar kepada anda melalui email. Sila pastikan anda mengisi alamat email dengan tepat.

 

Untuk dapatkan P.O.S & C.O.S ini anda boleh buat tempahan dibawah:

order-pos

error: Content is protected !!