Bid Tinggi-tinggi adalah salah satu Risiko Beli Rumah Lelong..

Salam keceriaan untuk sidang pembaca..

Syukur kita dapat bertemu lagi hari ni…

risiko beli rumah lelong

Risiko Beli Rumah Lelong

Untuk Tip kali ni, saya nak share pula dengan anda apa akibatnya kalau beli Rumah Lelong melebihi harga pasaran.

Setiap Hartanah yang akan di lelong telah ditetapkan harga reserve oleh pihak bank. Dimana harga terendah atau permulaan sebelum lelongan diadakan. Semasa lelong, pelelong akan mengumunkan harga reserve dan memberitahu kepada para pembida (Pembeli) berapa kadar kenaikan untuk setiap kali bid.

Apabila anda ingin membuat bidaan, pastikan anda telah menetapkan target/ tahap tertinggi yang mampu anda bid. Sekiranya anda membuat bidaan melebihi harga pasaran, maka kenaikkan yang berlaku anda perlu tambah duit sendiri.

Ini kerana, untuk hartanah lelong…. pihak bank hanya meluluskan pinjaman mengikut kepada harga pasaran semasa (Market Value) atau yang mana paling rendah.

Cthnya :
Jika Harga Reserve : RM 100,000
Anda Berjaya Beli : RM 150,000
Harga Pasaran : RM 130,000

Apabila anda ingin membuat pinjaman perumahan, pihak bank akan menyemak dengan penilai berdaftar untuk menentukan harga pasaran. Sekiranya bank mendapati, harga pasaran cuma RM 130,000 sahaja…

Maka bank biasanya hanya meluluskan pinjaman 90% daripada harga tersebut. Ini sekiranya rumah yang anda beli adalah rumah pertama atau kedua.

Jika anda memang lelong ini. Anda perlu menambah lebih kurang RM 18,000 menggunakan duit sendiri. Lagi 10% anda dahpun bayar awal semasa menang lelongan.

Sekiranya anda ada duit simpanan lebih, mungkin tidak menjadi masalah yang besar. Jika sebaliknya, mungkin anda terpaksa menangung risiko atau kerungian yang tidak sepatutnya.

Sebenarnya masih banyak lagi hartanah lelong lain yang boleh anda pilih. Jika anda gagal mendapatkan Hartanah lelong untuk sekali cubaan. Cuba lagi kali ke-2, Ke-3 & seterusnya.

Sebab hartanah lelong tidak akan habis. Jangan membida hartanah Lelong mengikut emosi yang boleh mengundang kerugian yang tidak sepatutnya.

Semoga tip yang dikongsikan ini dapat bantu anda terlepas dari salah satu Risiko Beli Rumah Lelong ini..

Leave a Comment

error: Content is protected !!