Beli Rumah Lelong Hangus Duit

Salam maju jaya untuk semua…. Beli Rumah Lelong Hangus Duit, Betul ke?

Beli Rumah Lelong Hangus Duit

Rumah Lelong Hangus Duit

Untuk hari yang mulia ini saya nak kongsikan dengan anda satu pengalaman lelong dengan anda…

Mungkin ada diantara anda yang membaca posting saya ini pernah pergi ke lelongan atau mungkin anda sendiri pernah membeli hartanah lelong…

Taniah saya ucapkan jika anda telah berjaya mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan awam…

Sepertimana tajuk diatas, saya ingin berkongsi dengan anda tentang hartanah atau rumah lelong yang jadi semakin mahal… betul ke? mungkin ada yang tak percaya…. mungkin ada yang memberi jawapan…

Bukan ke rumah lelong ni lebih murah dari biasa?.. Memang betul.

Tapi ingin saya ingatkan…. Dalam hartanah lelong, setiap hartanah akan dijual dengan harga tertinggi mengikut kepada tawaran yang dibuat oleh para Pembida (pembeli) yang ingin membeli rumah yang sama. Secara tak lansung, setiap pembida akan menaikkan harga untuk memastikan rumah tersebut berjaya dibeli oleh mereka..

Apa yang pasti hanya akan ada seorang pembeli yang berjaya dan mendapatkan rumah tersebut..

Untuk tajuk di atas anda mungkin boleh lihat video yang saya sediakan kat bawah ni. Untuk pengetahuan anda, video dibawah ini adalah sesi lelongan yang diadakan oleh CIMB pada 11/02/2012 (Sabtu).. Bilangan Pembida untuk rumah ini ada lebih kurang 20 orang… Percaya atau tidak kalau saya katakan Harga Reserve rumah ini adalah RM180,000.00 namun telah dijual dengan harga……

(Note : Tahukah anda, Video ini saya ambil pada kali pertama ianya dilelong. Namun bergitu Rumah ini telah dilelong semula selepas 3 bulan disebabkan pembeli tidak dapat menyelesaikan baki bayaran.)

Akibatnya duit deposit pembeli yang berjaya telah dirampas oleh pihak bank. Hangus duit yang saya maksudkan ialah, jika kita membeli rumah lelong tetapi tidak menyelesaikan baki bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, maka deposit yang telah dibayar tidak akan dipulangkan semula.

Anda boleh kira berapa deposit untuk rumah ini jika 5% dari harga yang berjaya beli.

Jika harga Reserve : RM180,000 (5%)
DEPOSIT = RM 9,000

Tambahan duit untuk mencukupkan deposit selepas harga terakhir :
(RM ????? + RM 9,000) = ?????

Anda boleh lihat video diatas untuk ketahui berapa banyak kehangusan Duit yang Terpaksa Ditangung oleh pembeli asal.

Oleh itu, kesilapan yang tidak sepatutnya boleh menyebabkan seseorang itu “Beli Rumah Lelong Hangus Duit“.

Jadi, saya ingin ingatkan anda supaya semak dan mengambil tahu terlebih dahulu status kelayakan pinjaman dan harga pasaran semasa hartanah sebelum membeli rumah lelong.

Sekian…. Semoga bermanfaat untuk anda.

Leave a Comment

error: Content is protected !!