Betul ke Rumah Turun Harga Tahun ni?

Rumah turun harga - price-fall_ zonlelong

Ramai yang mengeluh kerana harga rumah yang sentiasa naik setiap tahun.

Anda juga mungkin hadapi masalah yang sama..

Kita perlu terima hakikat bahawa harga rumah tidak akan turun sama-sekali.

Sebab harga pasaran (Market value) adalah tetap dan dinyatakan dalam transaksi jualan hartanah terkini. Sangat susah sebenarnya nak jumpa rumah yang turun harga.

Bahkan harga pasaran ini sentiasa dikemaskini hampir setiap hari, selagi mana adanya transaksi jual beli.

Mungkin kita di war-warkan dengan harga rumah akan turun tahun ni.

Rumah Turun Harga Tahun ni atau Tahun Depan?….

Ayat yang selalu kita dengar dari orang yang kita kenal atau tidak.

Disini saya berkongsi bedasarkan pandangan sendiri.

Hakikat sebenarnya susah nak berlaku rumah turun harga. Kalau ada sekalipun, mungkin bagi jenis rumah atau hartanah yang baru.

Tapi biasanya rumah jenis ini beharga lebih 400k ke atas.

Jika anda jumpa ada yang jual murah… Bukan kerana rumah itu turun harga..

Tapi disebabkan pemaju yang ingin jual dengan harga murah… Harap anda dapat bezakan.

Atau mungkin anda menerima rebate atau diskaun dari harga rumah yang ditawarkan kepada anda.

Jika berkaitan dengan rumah subsale (direct owner / ejen hartanah).

Saya akan jelaskan dibawah…

Jarang sebenarnya nak jumpa owner nak jual rumah sebab rumah turun harga.

Perkara yang berlaku adalah owner yang nak jual dengan harga murah. Bukan disebabkan rumah tu turun harga.

Mungkin anda penah perasan… ada yang dapat beli rumah bawah market… Tapi bila buat loan mark-up ikut harga market..

Kalau nak mark-up loan… Rujukan yang paling utama masih bergantung kepada harga pasaran semasa.

Jadi harga rumah yang dijual masih ikut harga pasaran.

Tapi jika anda ada peluang untuk beli rumah bawah harga pasaran ni, jangan lepaskan peluang ini.

Mungkin anda jumpa owner yang betul-betul nak jual rumah secepat yang mungkin, sebab nak pakai duit atau mungkin atas sebab-sebab tertentu.

Tapi anda perlu berhati-hati. Fahami dan buat kajian terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan.

Beli rumah bawah harga pasaran tidak semestinya datang dari lelong sahaja.

Ini base kepada padangan saya yang cetek ilmu…

Apapun bagi saya, tiada istilah rumah turun harga.

Yang ada cuma penjual yang ingin jual rumah bawah harga pasaran je…

Sekian dari saya..

Minat nak cari rumah bawah harga pasaran..

Cari rumah murah bank lelong kat sini=> www.zonlelong.com

atau

Anda juga boleh join Channel Telegram Rumah Lelong (Zonlelong) secara Percuma dibawah:

Klik Sini=> telegram.me/zonlelong

Leave a Comment

error: Content is protected !!