Pengenalan Zonlelong

Salam Pengenalan Zonlelong…

cropped-zonlelong_logo Pengenalan Zonlelong

Semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah menjadi RM100,000.

Perbezaan harga cukup ketara untuk hartanah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar hartanah turun harga secara mendadak. Pasti jarang berlaku.

Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah jangan lepaskan peluang untuk membeli Hartanah Lelong. Sudah pasti dengan hartanah lelong anda dapat jimat sehingga 20%-50% dari harga pasaran semasa.

Tapi harus di ingat, tidak semua yang membeli Hartanah Lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Hartanah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang memasuki lelong membida mengikut perasaan hingga lupa kepada kemampuan sendiri. Terdapat juga mereka-mereka yang membeli Hartanah Lelong secara melulu, hanya sekadar untuk mencuba tanpa mengetahui selok belok dalam Hartanah Lelong.

Read more

error: Content is protected !!