Tip Rumah Lelong

Tip Rumah Lelong

TIP RUMAH LELONG DAN PANDUAN BELI RUMAH LELONG

Apa Itu Lelong dan Hartanah Lelong?

Lelong adalah satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain melalui penawaran harga tertinggi dan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Definisi mudah bagi Hartanah Lelong pula adalah Hartanah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (tuan rumah) gagal untuk membayar bayaran bulanan untuk suatu tempoh yang telah dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan.

Tip Rumah Lelong 2

10 Panduan Mudah Membeli Rumah Lelong

TIP Rumah Lelong Yang Paling Penting :

Perkara yang paling penting untuk diingati adalah berkenaan dengan syarat utama iaitu mana-mana hartanah yang akan dijual secara lelongan akan dijual “dalam keadaan sepertimana sedia ada” (as is where is basis) dan tertakluk kepada harga rizab (Reserve Price) yang telah dinyatakan oleh pihak bank dan tertakluk kepada Perisytiharan Jualan (POS: Proclamation Of Sale) serta Syarat-Syarat Jualan (COS: Condition Of Sale) yang telah ditetapkan.

*** Fahami Garis Panduan Mudah & Tip Rumah Lelong ini Untuk membantu Anda Memahami Proses Lelongan Hartanah ***

1) ALAMAT – Salin alamat dan pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah yang diingini adalah betul dan tepat.

2) LAWATI – Membuat lawatan keatas hartanah yang diingini. Buat tinjauan dan pemerhatian sewajarnya terhadap hartanah yang diingini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

3) TANYA – Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju/pemilik/pihak berkuasa tempatan/carian hakmilik/ sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail berkenaan dengan hartanah yang dingini.

4) BANK DRAFT – Deposit untuk masuk lelong. Bila dah betul-betul pasti dengan hartanah, Anda perlu menyediakan 5% @ 10% Bank Draf dari harga Reserve Price atas nama bank / pihak yang melelong harta.

5) DATANG AWAL – Wakilkan pihak kami atau hadir di tempat lelongan sekurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.

Read more

Jangan Terpedaya Harga Murah

Jangan Terpedaya Harga Murah!!!

Sambungan dari sini.

Maaf sebab lambat publishkan satu lagi keratan akhbar dari sinar harian.

Melalui keratan ini, ada dapat ketahui beberapa tip dan panduan rumah lelong.

Anda boleh baca jawapan ringkas yang dapat saya kongsikan melalui soal jawab dari wartawan Nor Atieyah Yusoff.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Isnin (18-07-2016) : SEHINGGA kini rumah lelong masih menjadi tarikan utama masyarakat. Namun perlu ditegaskan pembelian rumah tersebut tetap mempunyai risiko tinggi terutamanya kepada pembeli baharu.

Dinasihatkan pembeli agar mempunyai ilmu dan asas mengenai rumah lelong walaupun harganya dijual lebih rendah daripada pasaran.

Ikuti tip dikongsi Muhd Firdaus Zahari.

Jangan Terpedaya Harga Murah - sinar-harian_18-july-2016_02

” Jangan Terpedaya Harga Murah ”

Terlibat secara langsung dalam pembelian rumah lelong, apakah kriteria perlu pembeli lakukan sebelum membeli?

Read more

Siapa Anda Kena Percaya Untuk Beli Rumah Lelong?

Siapa Anda Kena Percaya Untuk Beli Rumah Lelong?

Siapa Anda Kena Percaya Untuk Beli Rumah Lelong

Ada orang bagi tahu anda, beli rumah lelong ni untung.

Tapi kenapa ada orang kata beli rumah lelong ni rugi.

Ada yang bagi tahu, beli rumah lelong boleh jimat ribu-ribu.

Tapi kenapa ada pula orang kata banyak kena keluar duit beli rumah lelong ni.

Ada juga yang bagi tahu, boleh jimat puluh-puluh dan ratusan ribu bila beli rumah lelong.

Tapi kenapa ada orang yang terpaksa menangung rugi dan hilang duit sebab beli rumah lelong.

Betul ke apa orang kata?

Boleh percaya ke apa orang kata ni?

Siapa yang haru anda Percaya Untuk Beli Rumah Lelong sebenarnya?

Tahukah anda, hanya satu orang yang boleh anda percaya..

Dia adalah…

Diri Sendiri..

Kenapa anda perlu percaya apa orang kata.

Anda lebih tahu, orang lain hanya boleh bagi pendapat dan cadangan.

Orang boleh kata itu dan kata ini.

Orang boleh kata untung beli rumah lelong ni.

Orang boleh bagi tahu bagus beli rumah lelong ni.

Tapi keputusan dan kenyataan sebenarnya adalah terletak kepada diri anda sendiri.

Sebab yang akan keluarkan deposit untuk beli rumah adalah anda sendiri.

Modal yang akan anda keluarkan adalah modal anda sendiri.

Pelaburan yang ingin anda lakukan adalah pelaburan anda sendiri.

Tapi tidak dinafikan kadang kita takut.

Kita takut ditipu…

Kita takut tersilap langkah…

Kita takut hangus duit…

Kita takut hilang deposit dan hilang modal…

Perkara yang perlu kita lakukan adalah hilangkan ketakutan ini.

Tapi bagaimana untuk hilangkan ketakutan ini?

Ketakutan boleh dihilangkan dengan adanya ILMU.

Kita boleh bina keberanian melalui ILMU.

Kita boleh bina keyakinan melalui ILMU.

Jadi kita boleh hilangkan rasa takut ini dengan cara mencari dan mendalami ilmu.

Banyak cara untuk anda dapatkan ilmu ini.

Anda boleh pergi seminar, kursus, kelas, cari mentor, baca buku, bertanya pada yang tahu, belajar dari orang yang tahu, dan belajar dari pengalaman orang lain.

Lebih-lebih lagi dalam industri rumah lelong.

Tiket untuk masuk lelong adalah 10% deposit.

Maksudnya, jika rumah lelong harga RM100,000 kita kena ada RM10,000.

Jika rumah harga RM500,000 , kena ada RM50,000.

Apa jadi kalau kita tersilap langkah dan lakukan tindakan tanpa ilmu.?

Deposit boleh dirampas oleh pihak bank yang melelong.

Anda boleh ambil tahu risiko lelong yang perlu di elakan ini di sini.

Oleh itu, kita perlu lengkapkan diri dengan ilmu agar dapat elak sebarang risiko.

Dengan adanya ilmu kita tahu apa yang perlu dilakukan dari sebelum, semasa dan selepas menang lelongan.

Ramai yang percaya, seseorang itu mudah ditipu dan diperdaya hanya kerana disebabkan tiadanya ilmu.

Jadi mulakan dan lakukan sesuatu itu dengan ilmu.

Tidak kira apa sahaja bidang dan kerjaya,

“Ilmu ibarat perisai, sebelum anda boleh gunakan senjata iaitu deposit.”

Risiko Rumah Lelong

Rasanya ramai yang tahu akan risiko rumah lelong.

Tedapat beberapa risiko lelong yang sangat penting untuk kita ambil tahu dari awal.

Dengan mengetahui risiko ini secara tak lansung kita dapat minimakan dan mengelakan kerugian yang tidak sepatutnya.

Pada hari ni saya nak kongsikan dengan anda satu keratan akhbar yang saya ambil dari Akhbar Sinar harian (04-April-2016).

Anda boleh baca keratan akhbar yang disediakan dibawah:

Semoga anda didedahkan beberapa risiko yang boleh anda elakan untuk beli rumah lelong lebih awal.

Sinar-harian_4-April-2016_01 - 01 - Risiko Rumah Lelong

Read more

Beza Harga Rizab dan Harga Pasaran

Apa Beza Harga Rizab dan Harga Pasaran?

Salam keceriaan pelawat setia zonlelong.

Ingat lagi tak perkongsian saya dengan anda sebelum ini. Jika sebelum ini saya ada kongsikan beli rumah lelong dengan harga reserve dan apa itu harga rizab. untuk hari ini saya akan kongsikan apakah perbezaan antara Harga Rizab (Reserve Price) dengan Harga Pasaran (Market Price).

Beza Harga Rizab dan Harga Pasaran

Untuk pengetahuan anda, Harga Pasaran adalah harga sesuatu hartanah atau rumah mengikut kepada nilai terkini pada masa kini. Harga Pasaran juga dikenali sebagai Nilai Pasaran Terbuka (*OMV) iaitu harga sesuatu hartanah yang telah dinilai oleh Penilai berlesen (valuer).

*OMV : Open Market Value

Nilai pasaran ini kebiasaanya dibuat berdasarkan kepada kaedah perbandingan dengan urus niaga hartanah yang terkini dan serupa dalam sesuatu kawasan yang sama atau berhampiran dengannya.

Apa beza harga rizab dan harga pasaran?

Oleh itu, dapat diringkaskan bahawa harga pasaran adalah harga terkini yang ditentukan berdasarkan kepada laporan yang disediakan oleh panel penilai berdaftar yang telah dilantik oleh pihak bank.

Manakala harga rizab pula adalah harga terendah yang biasanya pihak bank tetapkan bergantung kepada harga pasaran hartanah terkini.

Untuk menentukan harga rizab ini, pihak bank biasanya akan merujuk kepada penilai berdaftar (Valuer) untuk tentukan dulu nilai rumah terkini dan nilai jualan paksa (Forced sale value). Ini adalah Istilah yang biasa digunakan untuk penilaian sesuatu hartanah sebelum rumah dilelong.

Pihak bank juga akan tetapkan harga rizab mengikut kepada harga yang difikirkan patut dan bertepatan dengan tunggakan yang perlu dijelaskan oleh pihak peminjam. Kaedah dan penentuan harga rizab yang lebih tepat adalah bergantung kepada cara dan sistem dari pihak bank sendiri.

Kesimpulannya, harga rizab tetap ditentukan oleh Penilai berdaftar mengikut kepada arahan yang diberikan oleh pihak bank. Ini kerana, pihak bank akan melantik penilai untuk mendapatkan harga pasaran semasa dan Forced sale value untuk memastikan harga rizab yang akan ditetapkan nanti adalah bersesuaian dengan keadaan semasa.

Sekian perkongsian ringkas dari saya…

Moga bermanfaat untuk anda.

Anda Dah Sedia Beli Rumah Lelong Ke?

Sedia beli rumah lelong?

Sedia beli rumah lelong

Adakah anda dah SEDIA BELI RUMAH?

Perkara yang paling penting & sangat-sangat penting sebelum nak beli rumah lelong adalah PERSEDIAAN.

Ini adalah perkara yang nampak cam biasa, tapi boleh mengundang risiko tidak dijangka… mungkin juga boleh menyebabkan seseorang pembeli rumah itu rugi ribuan dan ratusan ribu ringgit..

Jadi… apakah persediaan yang paling penting…

Saya akan tekankan kepada SEDIA… Anda perlu betul-betul sedia untuk beli rumah lelong dari segi:

  1. Sedia dan tahu Kelayakan pinjaman.. (Jika nak guna loan bank)
  2. Dah sedia deposit… (Ikut harga max rumah yang nak beli)
  3. Dah sedia Bajet (pembetangan bajet 2016 itu belakang kira)
  4. Dah sedia kos-kos untuk guaman & Stamping (Ikut harga rumah kita beli)
  5. Dah sedia untuk taggung kos-kos pembaikan rumah (jika ada)
  6. Sedia kos tunggakan jika bank tak tangung.. (lain bank, lain syarat)
  7. Dah sedia kos untuk bayar fee ejen (jika lantik ejen)
  8. Dah sedia lalui proses sebelum & Semasa lelongan (selok-belok lelongan)
  9. Dah Sedia berhadapan untuk kerja-kerja selepas lelong (jika berjaya)
  10. Yang paling penting, anda SEDIA dengan diri sendiri… (emosi & keberanian & kesabaran)

Rasanya ada banyak lagi nak tambah.. tapi rasanya cukup 10 persediaan asas ni dulu…

Bagi yang first time, mungkin nampak cam susah je nak beli rumah lelong… Harap jangan salah faham… saya bukan nak takut-takutkan anda… Apa yang saya kongsikan kat atas ni adalah asas supaya anda betul-betul sedia beli rumah lelong…

Fikir semula… macamana ada orang selamber je beli rumah… dan ada ramai yang beli lebih dari sebuah rumah… mesti ada teknik & rahsia dia…

Yakinlah anda pun PASTI BOLEH!!..

Nak beli rumah lelong tak boleh terus terjun je… Dalami ilmu untuk kurangkan dan minimakan risiko yang tidak sepatutnya…

Jadi… anda perlu Sedia Beli Rumah untuk beli rumah lelong.

Nak lagi tips & rahsia rumah lelong secara percuma!

Jangan lupa lawati atau baca lain-lain perkongsian dari kami disini >> Klik Sini <<

Hartanah Lelong sebahagian daripada lelong

Hartanah lelong adalah salah satu cabang besar daripada lelong.

Sebab ruang lingkup lelong sangat besar. Anda boleh baca perkongsian saya sebelum ini berkenaan apa itu lelong?.

Untuk hari ini saya ingin kongsikan pula apa itu hartanah. Bila sebut sahaja hartanah, kita sebenarnya dah boleh gambarkan bentuknya.

Dan kebiasanya kita akan mengambarkan ianya adalah sebuah rumah sama ada teres, banglow, flat atau apartment. Atau Mungkin anda sebenarnya lebih tahu apa itu hartanah sebenarnya.

Apa Itu Hartanah Lelong?

Apa itu Hartanah Lelong

Tahukah anda, Hartanah ini mempunyai ruang lingkup yang cukup luas. Hartanah disini bukan sahaja merangkumi rumah tetapi juga boleh terdiri daripada apartment, kondo, tanah kosong, kedai, pejabat, kilang dan apa sahaja benda yang dilekatkan di atas tanah akan dianggap sebagai hartanah.

Menurut Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 65), Seksyen 5, tanah didefinisikan sebagai:

  1. Mukabumi dan semua benda-benda yang menjadikan mukabumi itu;
  2. Tanah dibawah mukabumi dan semua benda-benda yang terkandung di dalamnya;
  3. Semua tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada memerlukan penggunaan tenaga terhadap pengeluarannya atau tidak, dan sama ada di atas atau di bawah mukabumi itu;
  4. Semua benda yang terlekat pada tanah bumi atau dilekatkan selama-lamanya pada apa-apa benda yang terlekat pada muka bumi, sama ada di atas atau di bawah mukabumi itu; dan
  5. Tanah yang diliputi air.

Hartanah juga adalah pecahan kepada harta & tanah. Iaitu harta adalah sesuatu yang bernilai dan beharga, manakala tanah pula mengambarkan kepada tapak atau tanah itu sendiri.

Apabila digabungkan, akan memberi maksud tapak atau sesuatu tanah yang memberikan nilai dan beharga.

Saya harap anda tidak pening dengan definisi diatas, apa yang penting anda dapat melihat hartanah ini dari sudut yang lebih luas… Apa sahaja kegunaan hartanah sama ada kosong atau ada bangunan adalah dianggap sebagai hartanah…

Oleh itu, didalam hartanah lelong, Ada pelbagai jenis hartanah yang akan dan bakal dilelong. Ianya tidak terhad kepada rumah sahaja tetapi juga boleh terdiri dari Tanah, Pejabat, Kedai, Kebun dan lain-lain.

error: Content is protected !!