Tunda Beli Rumah Baru ;

Berita ini sebenarnya dah disiarkan pada bulan October tahun 2015 yang lepas. Melalui berita ini akan mendedahkan kepada anda beberapa perkara berkenaan pasaran hartanah pada masa kini dan akan datang.

Anda boleh baca petikan berita yang saya sediakan dibawah.

Kuala Lumpur: Pada masa kini, pembelian rumah dianggap sebagai perkara yang perlu dielakkan oleh kebanyakan individu memandangkan keadaan ekonomi tidak stabil.

Namun, ada pihak yang berpendapat walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, ia bukan penghalang untuk membeli atau melakukan pelaburan dalam hartanah.

” Tunda Beli Rumah Baru ”

Tunda Beli Rumah Baru - Berita

Mengulas mengenai situasi ini, Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) menyarankan kepada orang ramai untuk menangguhkan pembelian hartanah sehingga akhir tahun ini.

Setiausaha Agung HBA, Chang Kim Loong berkata, jika pembeli mempunyai kemampuan pihaknya mengesyorkan untuk membeli rumah atau hartanah berbentuk sekunder.

Katanya, ramai bakal pembeli kediaman tidak menyedari perkara ini dan sebaliknya mengeluh mengenai harga hartanah baru yang semakin meningkat.

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, saya menasihatkan supaya niat untuk membeli kediaman ditangguhkan kerana dijangka peluang akan lebih terbuka pada tahun depan.

“Namun, orang ramai masih boleh mempertimbangkan untuk membeli hartanah yang sekunder atau ‘subsale’ yang harganya lebih berpatutan,” katanya.

Menurutnya, HBA menjangkakan tahun depan juga adalah masa yang sesuai untuk pasaran hartanah sekunder dan lelong.

Chang berkata, lebih baik untuk orang ramai mengelak daripada membuat pembelian rumah yang baharu kerana harga bagi rumah baharu lebih tinggi dan ia dikawal oleh pemaju.

“Secara umumnya, pembeli mempunyai anggapan bahawa harga hartanah akan terus meningkat. Malah pemaju juga mengatakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk memiliki hartanah kerana harga akan meningkat.

“Tetapi perlu diingat, kita mempunyai banyak jualan hartanah sekunder dan terdapat laporan yang mengatakan bahawa tawaran rumah lelong juga dijangka meningkat tahun depan,” katanya.

Beliau berkata, pasaran hartanah sekunder di negara ini berpotensi besar kerana harga kediaman adalah 30 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding rumah baharu.

Sumber diambil dari www.hmetro.com.my. Artikel ini disediakan oleh Sri Ayu Kartika Amri dan disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015

Leave a Comment

error: Content is protected !!