Gedung Hartanah Lelong | Senarai Rumah Lelong Terkini

Senarai Rumah Lelong Terkini | Gedung Hartanah Lelong Disini.

Selamat Datang & Terima Kasih kerana berkunjung ke portal zonlelong.com.

Kami doakan anda yang sedang membaca ini sentiasa sihat dan sejahtera selalu.

Semakin hari semakin bertambah populasi manusia. Di Malaysia kini mempunyai lebih dari 25 juta penduduk. Dan setiap hari juga pasti akan ada insan baru yang dilahirkan. Apabila penduduk semakin bertambah maka bertambah jugalah permintaan seseorang untuk memiliki rumah. Namun harga rumah tidak lagi sama seperti dulu. Harga rumah yang dulunya berharga RM30,000 kini dah menjadi RM100,000.

house-hand_Beli Rumah Lelong Dengan Harga Reserve

Perbezaan harga cukup ketara untuk rumah/hartanah yang berada di bandar dan luar bandar. Namun pernahkah anda dengar hartanah turun harga secara mendadak. Pasti jarang berlaku dan mungkin mustahil untuk berlaku.

Disini kami akan sebut hartanah kerana lelong bukan sahaja melibatkan rumah sahaja. Hartanah Lelong merangkumi segala jenis hartanah seperti Flat, Apartment, Condominium, Teres, Bungalow, Tanah Kosong, Kilang, Office, Kedai dan pelbagai lagi. Kesemua jenis hartanah ini boleh anda beli melalui lelong.

Anda boleh jimat 20%-50% dari harga pasaran semasa.

Oleh itu, untuk anda yang masih belum dan sedang merancang untuk membeli rumah/hartanah jangan lepaskan peluang untuk membeli hartanah Lelong. Sudah pasti melalui hartanah lelong anda dapat jimat 20%-50% dari harga pasaran semasa.

Tapi harus di ingat, tidak semua yang membeli Hartanah Lelong dapat membeli dengan harga yang murah. Terdapat Hartanah Lelong yang dibeli melebihi dari harga pasaran. Ini terjadi kerana ada yang memasuki lelong membida mengikut perasaan hingga lupa kepada kemampuan sendiri. Terdapat juga mereka yang membeli Hartanah Lelong secara melulu, hanya sekadar untuk mencuba tanpa mengetahui selok-belok dalam Hartanah Lelong.

Kami ingin berpesan kepada anda supaya memahami selok-belok dalam hartanah lelong sebelum bermula untuk membeli melalui lelongan. Anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu dan persediaan dari segi kos dan kemampuan anda sebelum membeli.

warning Rumah Lelong

INGAT!!! Semua Hartanah Lelong Boleh Dibeli tapi Bukan Semua Hartanah Lelong Boleh Terus Beli

Sekiranya anda perasan harga yang di iklankan sangat murah, jangan mudah terpedaya. Kemungkinan tunggakan dari pemilik lama melebihi kemampuan anda dan tidak pula ditanggung oleh pihak bank.

Pada hari ini, ramai yang ingin membeli Hartanah Lelong dengan tujuan yang tersendiri. Ada yang membeli Rumah Lelong untuk rumah pertama, untuk rumah kedua, untuk anak, untuk keluarga, untuk hadiah, untuk pelaburan, untuk simpanan eset dan pelbagai tujuan yang lain. Tapi tujuan anda mungkin sukar untuk dicapai sekiranya tiada sumber untuk mendapatkan Rumah-rumah atau Hartanah untuk dibeli.

100-150 buah hartanah di istiharkan untuk dilelong setiap hari.

Tahukah anda, dianggarkan lebih kurang 100-150 buah hartanah di istiharkan untuk dilelong setiap hari. Hampir setiap hari juga akan ada Rumah & Hartanah yang akan dilelong sama ada diadakan di Mahkamah, Pejabat Tanah atau Tempat Lelongan Awam.

Melalui zonlelong, Kami akan bantu anda mendapat senarai hartanah lelongan terkini yang diperolehi dari bank, pelelong, mahkamah, pejabat tanah, lawyer, majalah, katalog, akhbar harian dan sumber-sumber yang sah dan membantu anda membuat pilihan hartanah lelong yang berbaloi untuk dibeli.

Pihak kami berusaha untuk mendapatkan senarai terkini hartanah lelong yang anda mahukan dan maklumkan kepada anda seawal mungkin. Kami akan bantu dan bimbing anda untuk miliki Rumah/Hartanah lelong sama ada untuk pelaburan atau untuk kediaman sendiri.

 Anda seorang pelabur??

“Jika Anda seorang pelabur… Ini adalah Peluang Pelaburan yang patut anda rebut. Hari ini terdapat banyak rumah & hartanah lelong yang boleh anda pilih sama ada beli dan sewakan, atau jana keuntungan dari jualan semula dimasa akan datang.”

Jika anda ingin membeli dan mendapatkan Hartanah melalui Lelongan boleh hubungi kami. Kami berdedikasi dalam menyediakan perkhidmatan lelongan dari segi rundingan dan nasihat dari sebelum, semasa, dan selepas lelongan. Kami akan membantu dan memudahkan anda untuk mendapatkan rumah idaman anda melalui lelongan  serta membuat pilihan hartanah yang terbaik.

Pihak kami juga sangat mengalu-alukan kepada mana-mana pelabur yang ingin mendapatkan perkhidmatan kami untuk membantu anda menjana pendapatan pasif setiap bulan dan seteruskan memberikan kebebasan kewangan. Matlamat kami adalah untuk membantu anda dengan memberikan nilai potensi terhadap hartanah lelong yang dipilih dan memberikan nilai tambah terhadap hartanah yang telah dimiliki.

Anda mungkin terlepas hartanah idaman jika abaikan peluang keemasan ini.

Nak Cari Rumah Lelong, Ingat Zonlelong.com

 Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi admin zonlelong dibawah:

Wasap Admin Firdaus - 0103443058

Anda juga boleh hubungi Direct Line Team Zonlelong dibawah;

Firdaus : 010-344 3058
Faizal : 011-6423 5768
Amir : 013-660 8470
Roy : 017-788 6426

 p/s: Tinggalkan SMS / Whatsapp kami jika panggilan tidak dijawab.


Note :
Kami bersedia untuk membantu anda meminimakan risiko-risiko yang tidak sepatutnya serta menguruskan proses pembelian hartanah lelong bagi pihak anda. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan untuk melancarkan & memudahkan pembelian hartanah lelong pilihan anda.

Penafian:

a) Kami berhak untuk menukar mana-mana aspek senarai ini, penyenaraian atau apa-apa terma dan mana-mana syarat apabila dianggap perlu tanpa notis terlebih dahulu.
b) Maklumat dan data yang disediakan disini mungkin mengandungi ketidaktepatan, kesalahan fakta, info atau kesilapan menaip. Sila hubungi kami atau lakukan semakan yang sewajarnya untuk kebaikan anda.
c) Kami tiada jaminan untuk ketepatan atau kesahihan maklumat dan kenyataan yang terkandung di dalam senarai ini. Ianya tertakluk kepada perubahan institusi pinjaman, bank, pelelong atau pihak yang melelong.
d) Sebarang penggunaan Laman Web ini dan kandungan di dalamnya hendaklah atas risiko anda sendiri.
e) Anda dilarang sama sekali mengunakan senarai ini untuk kepentingan sendiri tanpa mendapat kebenaran dari pihak kami.
f) Untuk pertanyaan atau kemusykilan sila hubungi kami.

error: Content is protected !!