49 Soalan Panas Lelong

Soalan Lelong : Ada orang call dan tanya saya pasal lelong.

soalan lelong -v2

As’salamualaikum.. ini Muhd Firdaus ke?

Ya! Saya..

Kak Ani (bukan nama sebenar) ada nampak iklan rumah lelong yang firdaus buat… Akak minat nak beli… tapi tak tahu cara dia… Rumah lelong ni macamana ye?

Saya jawab;
Lelong secara mudah adalah proses jual beli yang telah ditetapkan oleh bank atau mahkamah… Sesiapa yang berminat dengan rumah atau hartanah itu perlu pergi atau wakilkan seseorang untuk hadir tempat lelong dan buat tawaran harga… Sesiapa yang membuat tawaran tertinggi dia akan dapat rumah yang akan dilelong tu..

Oo… macamtu.. Boleh dapat ke rumah tu?

Bergantung pada rezeki… Lelong adalah satu peluang untuk dapatkan rumah impian atau pelaburan dengan harga murah… Kalau harga naik terlampau tinggi… kita boleh cuba rumah yang lain… Sebab rumah lelong hampir tiap-tiap hari ada..

Berapa ye dia punya deposit?

Deposit pihak bank yang tetapkan.. biasanya 10% dari harga reserve..

Kalau akak nak guna KWSP sebagai deposit boleh?

Akak perlu berjaya beli rumah lelong dulu, baru boleh keluarkan KWSP… Akak tak boleh keluarkan KWSP awal tanpa apa-apa dokumen & bukti pemilikan rumah… Maksudnya akak kena ada duit sendiri dulu sebanyak 10% sebagai deposit awal dan duit deposit tadi boleh claim semula dengan KWSP…

Oh… Err… Apa tu harga reserve?

Harga yang bank tetapkan untuk mulakan lelongan… Harga awal ini bertujuan untuk mudahkan pembeli yang berminat sediakan deposit 10% ikut harga yang telah ditetapkan oleh bank… Kebiasanya harga reserve lebih rendah dari harga pasaran semasa..

Boleh ke kalau nak dapat harga reserve tu?

BOLEH… itupun kalau akak sorang je yang datang bid… Kalau ada lebih dari sorang, akak perlu buat tawaran harga… Rumah akan dijual kepada sesiapa yang buat tawaran harga tertinggi..

Kalau akak minat nak beli macamana?

Akak boleh salin alamat yang di iklankan dan buat lawatan untuk kenal pasti lokasi rumah atau hartanah dan juga keadaan rumah tersebut… Ini langkah awal supaya akak tidak tersalah beli rumah dan sebagai persediaan untuk ketahui keadaan rumah sebelum buat keputusan untuk membeli…

Oooo… camtu…
Tapi kalau kalah lelong macamana.. Deposit boleh dapat balik ke?

Jangan risau… Pelelong akan pulangkan semula Bank Draft (deposit) jika tidak berjaya dalam lelongan tanpa sebarang caj..

Oo… Err… Akak nak kena bayar cash ke rumah tu?

Akak boleh buat pinjaman macam biasa… Jika rumah pertama, bank biasa akan bagi 90% pinjaman dari harga rumah yang berjaya dibeli dan bergantung kepada kelayakan pembeli…

Oo… Kalau akak tak lulus loan macam mana?

“SOALAN LELONG”

OPpss!!!…..

Apa jadi kalau akak ni tak lulus loan?

Berapa lama nak kena setelkan proses beli rumah lelong ni?

Susah ke senang beli rumah lelong ni?

dan pelbagai lagi soalan-soalan lain yang ditanya…

Anda nak tahu kesudahan dan jawapan bagi soalan lelong diatas, anda boleh dapatkan secara PERCUMA dibawah;

Dapatkan juga Ebook ini Secara PERCUMA!!:

Jangan Terpedaya Harga Murah _2018_v3

Ebook “Jangan Terpedaya Harga Murah” terhad untuk
100 orang  pertama dan terpantas hantar borang ini sahaja.

Banyak lagi soalan panas rumah lelong ini akan didedahkan selepas anda tekan butang Submit.

P/S: Dapatkan ebook ini sebelum kuota 100 79 orang pertama ditamatkan.

error: Content is protected !!