NEW LOGO ZONLELONG 2021

Anda Nak Beli Rumah Lelong?

Apa kata saya kongsikan dulu beberapa perkara penting Rumah Lelong yang wajib anda tahu.

Syarat Pertama untuk beli Rumah Lelong adalah Deposit 10%.

Jom saya kongsikan lebih banyak lagi rahsia rumah lelong dibawah.

Persediaan adalah sangat penting untuk anda elakkan risiko yang tidak sepatutnya.

Anda perlu tahu konsep asas untuk beli rumah lelong. Luangkan masa kurang 3 minit sahaja untuk baca panduan yang disediakan dibawah.

Selepas itu Saya Zuraimi Bin Buang / Consultant Zonlelong akan bantu bimbing dan carikan Rumah & Hartanah lelong sesuai dengan anda.

SEDIA!

TIP PENTING UNTUK BELI RUMAH LELONG!

Deposit 10%

Untuk beli rumah lelong anda wajib ada Deposit 10%. Deposit ini perlu disediakan dalam bentuk Banker Cek @ Bank Draft, bukan cek personal atau syarikat.

Status Kelayakan

Khusus untuk anda yang nak beli guna pinjaman dari bank. Pastikan anda tidak mempunyai masalah berkaitan CTOS, CCRIS, Blacklist, Bankruptcy dan Commitment. Boleh abaikan jika anda mampu beli secara tunai.

Had Kelayakan

Anda perlu kenal pasti berapa had maximum pinjaman bank boleh beri kepada anda. Kadar kelayakan anda juga bergantung kepada status kelayakan dan DSR.

Site Visit

Anda dinasihatkan agar melawat dan membuat tinjauan (Site Visit) rumah yang diminati sebelum masuk lelong. Anda boleh salin alamat rumah yang diberi dan membuat lawatan untuk mengenal pasti rumah sebelum buat keputusan masuk lelong.

PENTING!

Anda Wajib Tahu KONSEP Rumah Lelong!

Setiap Rumah Lelong akan dijual pada Tarikh dan Masa yang telah ditetapkan. Jadi anda perlu buat keputusan dan sedia untuk hadir atau wakilkan seseorang untuk pergi sesi lelongan yang akan diadakan pada tarikh dan masa tersebut.

Rumah lelong ini akan mula dijual dengan Harga Rizab (Reserve Price). Harga rizab ini ditentukan oleh pihak bank / institusi pinjaman. Harga rizab ini biasanya lebih rendah dari harga pasaran semasa.

Jadi...

“Anda berpeluang untuk beli rumah bawah harga pasaran melalui lelong.”

Tapi anda perlu tahu.

Walaupun rumah lelong dijual dengan harga murah, konsep lelong yang perlu anda tahu adalah rumah akan dijual kepada sesiapa yang membuat Tawaran Harga Tertinggi.

Maksudnya, jika ada lebih dari seorang ingin membeli rumah yang sama, anda perlu buat tawaran harga dan rumah akan dijual kepada Pembeli (Pembida) yang membuat tawaran Harga Tertinggi.

Namun, jika tiada pembida lain pada hari lelong, anda boleh beli rumah dengan harga rizab sahaja.

Bagaimana Jika Ada Persaingan atau Pembeli Lain?

Jika ada persaingan sekalipun, anda masih berpeluang untuk beli rumah bawah harga pasaran, dengan syarat anda dah semak terlebih dulu Harga Pasaran (Market Value) sebelum membuat bidaan.

Tak Tahu Cara Semak Harga Pasaran?

JANGAN RISAU!

Kami ada untuk bantu anda buat semakan harga pasaran dan meminimakan risiko yang tidak sepatutnya.

Kami akan bimbing anda dari Proses Sebelum Masuk Lelong, Semasa Hari Lelongan & Selepas Berjaya Beli Rumah Lelong untuk memastikan anda dapat membeli rumah lelong dengan langkah yang betul.

OK!…

Yang terakhir yang perlu anda tahu…

Terma & Syarat Utama Rumah Lelong!

Kenapa Boleh Call Off / Dibatalkan Dari Lelong?

Kemungkinan pemilik / peminjam asal rumah telah menyelesaikan masalah atau hutang dengan pihak bank, jadi rumah tersebut tidak jadi dilelong.

Kami dari zonlelong disini tidak dapat menanggung apa-apa liabiliti kepada bakal pembeli oleh apa-apa sebab diatas penarikan balik rumah tersebut. Kerana ianya adalah diluar bidang kuasa kami.

"Dijual Sepertimana Sedia Ada"

Syarat Penting Pertama: Rumah  Lelong akan dijual kepada anda “dalam keadaan sepertimana sedia ada” (as is where is basis). Oleh itu lawatan (site visit) sebelum beli adalah sangat penting untuk memastikan anda mengetahui dan berpuas hati dengan keadaan rumah yang akan anda beli.

Syarat Penting Ke-2 : Rumah lelong akan tertakluk kepada Dokumen atau Surat Perisytiharan Jualan (POS) serta Syarat-Syarat Jualan (COS) yang telah ditetapkan oleh pihak bank atau pihak mahkamah. Setiap rumah lelong mempunyai terma & syarat lelong yang berbeza. Jadi anda perlu dapatkan dokumen penting ini dari awal.

Bagaimana Nak Dapatkan POS & COS?

JANGAN RISAU!

Kami akan bantu untuk semak terma dan syarat lelong ini untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya. Kami akan bantu anda dapatkan POS & COS ini dan jelaskan kepada anda.

TAHNIAH!

Anda telah SEDIA dan telah buat persediaan awal dengan membaca panduan ini.

Adakah anda PERTAMA KALI ingin beli Rumah Lelong?

Atau Anda ada Masalah seperti dibawah;

JANGAN RISAU!

Kami ada untuk Bantu & Guide anda.

Kami akan bantu anda melalui 3 Fasa Penting Untuk Beli Rumah Lelong;

SEBELUM LELONG

Fasa pertama yang paling penting. Anda perlu fahami syarat dan terma penting rumah lelong. Bagaimana nak dapatkan POS dan buat analisi dari segi potensi sama ada rumah lelong betul-betul murah atau ada kos-kos yang tersembunyi. Jika salah percaturan, kita boleh rugi dan mungkin terbeli Rumah Lelong melebihi harga pasaran.

SEMASA LELONG

Bagaimana nak masuk lelong?. Bagaimana cara untuk daftar dan buat bidaan?. Apa risiko yang perlu di elakan. Persediaan dan dokumen yang perlu disediakan pada hari lelong. Penting supaya kita tidak terlepas rumah lelong yang nak dibeli. Kita perlu tahu, lain lelongan lain prosedur. Lain bank lain syarat dan lain cara untuk beli.

SELEPAS LELONG

Fasa yang paling bahaya yang melibatkan tempoh masa. Jika silap langkah, deposit tak boleh dapat balik. Kita perlu tahu apa yang perlu dilakukan bila dah berjaya beli rumah lelong. Untuk loan macamana, untuk beli cash macamana? peguam pula bagaimana. Tukar nama dan lain-lain proses selepas itu kita perlu lakukan step by step.

Ada 2 pilihan untuk anda.

1. Anda boleh beli lelong sendiri,

atau

2. Biar kami bantu memudahkan anda beli rumah lelong

Service Zonlelong - Daftar Lelong

DAFTAR LELONG (PERCUMA)

Anda dah jumpa rumah lelong yang anda inginkan dan ingin kami bantu berikan khidmat nasihat dan bimbingan untuk memudahkan anda membeli rumah lelong, sila klik di bawah>>>

Anda telah daftar & Ingin tahu langkah seterusnya. Boleh hubungi saya dibawah:

Jika anda ada sebarang persoalan dan pertanyaan, jangan segan untuk hubungi saya.

Anda boleh hubungi saya secara whatsapp menggunakan peti mesej dibawah;

Masukan no saya dan boleh terus Mesej saya dibawah:

Mesej akan auto bermula dengan:
"Salam, Saya berminat dengan rumah lelong"

Semoga Tip & Perkara asas berkenaan rumah lelong yang telah saya kongsikan disini dapat bantu anda buat persediaan untuk beli rumah lelong. Moga anda dapat info & maklumat yang bermanfaat.

"Lakukan Step by Step supaya anda tidak tersilap langkah untuk membeli rumah lelong."
Zuraimi Bin Buang
Penasihat Hartanah Lelong Anda