"Dapatkan POS & COS Hartanah Lelong Disini."

Hi, Salam Hormat?

Saya Member Zonlelong anda.

Zonlelong boleh bantu anda untuk mendapatkan dokumen penting untuk lelongan iaitu POS & COS.

 

TAHUKAH ANDA?

Setiap rumah dan hartanah yang akan dilelong mempunyai dokumen POS & COS sendiri.

Jika anda belum kenali apa itu POS dan COS ini, saya akan kongsikan dengan anda secara ringkas apakah dokumen penting ini.

Apa Itu POS?

POS adalah singkatan daripada perkataan Proclamation Of Sale (Periystiharan Jualan) iaitu surat jualan yang mengesahkan hartanah tersebut akan dilelong pada tarikh yang telah ditetapkan. Dalam POS ini, anda boleh dapatkan maklumat penting berkenaan rumah atau hartanah yang akan dilelong.

Antara maklumat penting yang terdapat dalam POS ini adalah seperti;

  • Tarikh
  • Masa lelongan
  • Lokasi lelongan
  • Harga Reserve (Rizab) Harga Permulaan lelong
  • Alamat rumah / hartanah lebih tepat
  • No title/geran,
  • Luas rumah / hartanah
  • Jenis rumah / hartanah
  • Jumlah deposit
  • Nama bank
  • Nama pelelong
  • Nama peminjam asal
  • Tempoh bayaran baki harga lelong
  • dan lain-lain maklumat penting untuk pelaksanaan lelong.

Apa Itu COS?

COS pula adalah singkatan daripada perkataan Condition Of Sale (Syarat-syarat Jualan). COS ini akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong. Syarat dan terma lelong bagi setiap rumah lelong adalah berbeza. Biasanya ada lebih 3 page (muka surat) berkenaan syarat & terma ini.

Anda juga perlu dapatkan COS ini untuk memastikan segala hidden kos (kos tersembunyi) yang terdapat pada rumah lelong ini dapat di elak dan diambil tahu lebih awal. Secara tidak lansung, anda dapat meminimakan sebarang risiko pembelian lelong lebih awal.

Sebelum anda buat tempahan P.O.S & C.O.S ini.

Anda perlu ikut 4 Perkara penting dibawah.

  1. POS & COS ini bergantung kepada kesediaan. Proses untuk mendapatkan P.O.S & C.O.S ini mengambil masa 24 Jam atau selewatanya 48 jam.
  2. Pastikan Tarikh lelong belum lepas dan sebaiknya anda ada masa atau selewatnya 3 hari sebelum dari tarikh lelong yang di iklankan. 
  3. Tiada bayaran balik untuk sebarang tempahan dan pembayaran yang telah anda lakukan melalui web ini.
  4. POS atau COS ini akan dihantar kepada anda melalui email. Sila pastikan anda mengisi alamat email dengan tepat.

Untuk dapatkan P.O.S & C.O.S ini anda boleh isi borang tempahan dibawah:

Kos Perkhidmatan untuk mendapatkan POS & COS ini serendah RM90 RM70 sahaja.

Hantarkan borang dibawah dan kami akan bantu semak status kesediaan POS & COS ini sebelum anda membuat pembayaran.

Please select a valid form

P/S: Sila pastikan anda telah menghantar borang diatas dan tunggu maklumbalas dari kami sebelum membuat pembayaran. Pihak kami perlu semak dan buat carian terlebih dahulu kesediaan POS & COS ini sama ada telah dikeluarkan atau belum. Nantikan maklumbalas dari kami sebelum klik disini.