Anda tiada masa untuk pergi lelong?
Jangan Risau!
Kami dari Zonlelong sediakan perkhidmatan ini khas untuk anda.
Tahukah Anda?
Jika anda tidak dapat hadir lelongan yang diadakan di Mahkamah. Hanya 3 golongan sahaja dibenarkan untuk menjadi wakil bagi pihak anda untuk masuk lelong.
-
Ahli Keluarga Terdekat
Seperti Suami / Isteri / Ibu / Ayah / Anak / Adik-Beradik Kandung Sahaja. Perlu bawa sijil nikah atau salinan surat beranak untuk masuk lelong.
-
Ejen Hartanah Berlesen
Mestilah seorang Principal hartanah yang ada Lesen E/VE sendiri.
-
Pelelong Berlesen
Dengan syarat bukanlah pelelong yang menjalankan lelongan tersebut.
Saya Ada Untuk Bantu Anda!
Saya Muhd Firdaus Zahari merupakan seorang Pelelong Berlesen di Selangor. Saya bersedia untuk bantu anda hadiri lelongan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
Anda perlu tahu, Proses lelongan di mahkamah tidak sama dengan lelongan di luar. Ada perkara dan terma yang perlu dipatuhi. Ada langkah dan tertib yang perlu dilakukan untuk masuk lelongan di Mahkamah.
Borang dan dokumen untuk hadiri lelongan juga saya akan sediakan untuk anda.
Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, saya boleh bantu memudahkan anda menghadiri lelong dan menguruskan proses pembelian Hartanah Lelong yang dijalankan di Mahkamah.
Saya akan bantu anda menjadi wakil pada hari lelongan ini dengan kos serendah RM 350* sahaja.
*(Terhad untuk Mahkamah Kuala Lumpur & Mahkamah Shah Alam sahaja. Untuk Mahkamah Seremban, kos tambahan akan dikenakan.)