Tip Rumah Lelong & Panduan Mudah Beli Hartanah Lelong

TIP RUMAH LELONG DAN
PANDUAN MUDAH MEMBELI RUMAH LELONG

auction_hammer2

Apa Itu Lelong dan Hartanah Lelong?

Lelong adalah satu mekanisme untuk melepaskan hak pemilikan daripada seseorang kepada seseorang individu yang lain melalui penawaran harga tertinggi dan tertakluk kepada peruntukan yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Definisi mudah bagi Hartanah Lelong pula adalah Hartanah yang mempunyai masalah dengan bank dimana peminjam (tuan rumah) gagal untuk membayar bayaran bulanan untuk suatu tempoh yang telah dipersetujui semasa menandatangani perjanjian pinjaman perumahan.

Tip Rumah Lelong

Tip Rumah Lelong Yang Paling Penting :

Perkara yang paling penting untuk diingati adalah berkenaan dengan syarat utama iaitu mana-mana hartanah yang akan dijual secara lelongan akan dijual “dalam keadaan sepertimana sedia ada” (as is where is basis) dan tertakluk kepada harga rizab (Reserve Price) yang telah dinyatakan oleh pihak bank dan tertakluk kepada Perisytiharan Jualan (POS: Proclamation Of Sale) serta Syarat-Syarat Jualan (COS: Condition Of Sale) yang telah ditetapkan.

 

10 Tip Rumah Lelong & Panduan Mudah Untuk anda Membeli Rumah Lelong

1) ALAMAT – Salin alamat dan pastikan alamat dan tarikh lelongan hartanah yang diingini adalah betul dan tepat.

2) LAWATI – Membuat lawatan keatas hartanah yang diingini. Buat tinjauan dan pemerhatian sewajarnya terhadap hartanah yang diingini sebelum membuat keputusan untuk membeli.

3) TANYA – Anda juga boleh membuat pertanyaan kepada pemaju/pemilik/pihak berkuasa tempatan/carian hakmilik/ sekiranya ingin mengetahui dengan lebih detail berkenaan dengan hartanah yang dingini.

4) BANK DRAFT – Deposit untuk masuk lelong. Bila dah betul-betul pasti dengan hartanah, Anda perlu menyediakan 5% @ 10% Bank Draf dari harga Reserve Price atas nama bank / pihak yang melelong harta.

5) DATANG AWAL – Wakilkan pihak kami atau hadir di tempat lelongan sekurangnya 30 minit sebelum lelongan untuk pendaftaran. Sila pastikan juga no. lelongan hartanah adalah sama dengan hartanah yang ingin dibida oleh anda. *Elakkan daripada memaklumkan kepada orang yang tidak dikenali daripada mengetahui hartanah yang ingin anda bida dan juga harga tertinggi yang sanggup anda bida.

6) MEMBUAT BIDAAN – Anda akan diberikan pad bidaan untuk membuat bidaan. Pelelong akan membaca sedikit maklumat asas mengenai hartanah sebelum bidaan dimulakan. Anda hanya perlu menunjukkan atau menaikkan no. bidaan anda apabila ingin membuat bidaan dan lelongan akan berhenti apabila tiada lagi tawaran dari pembida lain.

7) ANDA BERJAYA – Taniah jika anda mendapat harga Reserve. Pelelong akan mengira sehingga 3 kali dan seterusnya mengetuk tukul menandakan lelongan ditutup serta mengumumkan pembida yang berjaya. Jika tidak berjaya,Deposit anda (bank draft) akan dipulangkan semula.

8) BAKI DEPOSIT – Anda perlu mencukupkan deposit. Anda hendaklah menjelaskan baki deposit dari harga yang berjaya dibida selepas lelongan.

*Cth; Reserve : RM 100,000/- anda berjaya bida RM 120,000/-
*Deposit 10% = RM 10,000 + ( kenaikan RM 20,000 x (10%) = RM 2,000) (Pembida yang berjaya perlu menambah lagi RM2,000 untuk mencukupkan deposit)

9) BUAT PINJAMAN PERUMAHAN – Pembeli yang berjaya hendaklah menyelesaikan baki harga belian melalui Pinjaman atau Cash dalam tempoh 90 hari @ 120 hari (bergantung kepada syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pelelong).

10) LANTIK LAWYER – untuk membuat pindah milik. *tidak semua lawyer boleh menguruskan urusan pembelian hartanah lelong. Pastikan anda memilih peguam yang biasa menguruskan hartanah lelong.

 

P/S: “Fahami Garis Panduan Mudah & Tip Rumah Lelong ini Untuk membantu Anda Memahami Proses  Asas Lelongan Hartanah”

Nombor lima 05

5 Nota Penting Untuk Pembelian Rumah/Hartanah Lelong

1. Bakal pembeli dikehendaki menyediakan Deposit dalam bentuk Draft Bank atau Casher Order (Cek Juruwang) atas nama pihak yang melelong hartanah sebanyak 5% atau 10% dari harga rizab mengikut kepada Syarat Jualan yang telah ditetapkan.

2. Baki harga jualan hendaklah dijelaskan dalam tempoh 90 hari atau 120 hari dari tarikh lelongan yang diadakan. Baki harga ini boleh dijelaskan secara pinjaman bergantung kepada kelayakan anda.

3. Pembeli yang berjaya hendaklah mencukupkan bayaran deposit yang telah ditetapkan dari harga belian serta-merta selepas tukul dijatuhkan. Bayaran boleh dibuat dalam bentuk tunai atau Bank Draft kepada Pihak yang melelong harta.

4. Pihak bank akan menimbangkan pinjaman pembelian yang berjaya tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan & kelayakan bakal pembeli.

5. Pembeli yang telah berjaya perlu membuat pemohonan pinjaman dengan kadar segera untuk menyelesaikan baki harga belian dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Jika tidak wang deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

Businessman Rumah Lelong

Apa Yang Perlu Dibawa / Disediakan Semasa Hari Lelong:

1. IC / Kad Pengenalan Penawar

2. Surat wakil – sekiranya anda ingin mewakilkan orang lain sebagai penawar bagi pihak. Anda perlu menyediakan satu salinan kad pengenalan dan serahkan kepada pihak yang akan mewakilkan anda. (Pihak juga kami boleh jadi wakil bagi pihak anda dan menyediakan dokumen wakil untuk anda.)

3. Draft Bank – atau Cek Juruwang Mengikut kepada (%) peratus yang disyaratkan oleh pihak pelelong dan mengikut kepada harga rizab.

4. Jumlah Tambahan (Tunai) – hendaklah disediakan untuk membayar jumlah perbezaan harga di antara bayaran deposit dari harga yang berjaya ditawarkan. Anda perlu membayar baki deposit pada hari yang sama selepas anda berjaya membeli.

5. Duit Stamping – Jika berjaya dalam lelong, anda juga perlu sedia untuk membayar duit stamping dokumen lelongan (Kontrak Jualan) dalam lingkungan RM100-RM200.

 

home-loans tip rumah lelong

Panduan Pinjaman Perumahan:

Pinjaman perumahan adalah salah satu cara untuk mendapatkan rumah idaman. Ini kerana kita dapat membuat pinjaman dengan jumlah yang mungkin melebihi daripada kemampuan kita.

Anda boleh rujuk kakulator pinjaman mudah dibawah untuk semak bayaran bulanan mengikut kepada harga rumah yang anda ingin beli;

Note:
Jika mengikut kepada rate Conventional (biasa) pada masa kini lebih kurang 6% (Interest Rate). Namun untuk lebih tepat sila rujuk institusi pinjaman berhampiran dengan anda untuk lebih lanjut. Kadar peratus adalah berbeza bergantung kepada pihak pemberi pinjaman.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan pinjaman bank.

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Gaji (3 bulan terkini)
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata Bank (3 bulan yang lalu)
  • Penyata KWSP terkini (EPF Statement)
  • Cukai Pendapatan (EA/EC Form) untuk 2 tahun
  • Akaun Untung Rugi Syarikat (Jika berkerja sendiri)
  • Salinan Kontrak Jualan Lelong

Kami harap anda dapat fahami prosedur ringkas yang telah kami sediakan ini sebagai panduan awal & persediaan untuk anda mendapatkan rumah/hartanah idaman anda secara lelongan.

 

Untuk sebarang pertanyaan atau anda kurang jelas dengan tip rumah lelong ini, anda boleh terus hubungi/wasap kami seperti no yang tertera dibawah;

Wasap Admin Firdaus - 0103443058

Anda juga boleh hubungi Direct Line Team Zonlelong dibawah;

Firdaus : 010-344 3058
Faizal : 011-6423 5768
Amir : 013-660 8470
Roy : 017-788 6426

 p/s: Tinggalkan SMS / Whatsapp kami jika panggilan tidak dijawab.

Note :
Kami bersedia untuk membantu anda meminimakan risiko-risiko yang tidak sepatutnya serta menguruskan proses pembelian hartanah lelong bagi pihak anda. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan untuk melancarkan & memudahkan pembelian hartanah lelong pilihan anda.

 

Anda mungkin terlepas hartanah idaman jika abaikan peluang keemasan ini.

“Nak Cari Rumah Lelong
Ingat Zonlelong.com”

 

error: Content is protected !!