About Us | Tentang Kami:
Zonlelong dibina dan diwujudkan untuk menyediakan satu pangkalan data dan maklumat berkenaan hartanah lelong terkini di Malaysia yang dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja yang sedang dan ingin mencari hartanah murah melalui lelongan.
Zonlelong akan menjadi satu sumber rujukan untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin berada dalam industri hartanah lelong dengan cara yang lebih mudah dan menyenangkan.
Zonlelong mewujudkan peluang dan ruang kepada anda yang mungkin baru nak mengenali hartanah lelong atau mencari kaedah mudah untuk mendapatkan rumah lelong.
Bukan itu sahaja, Zonlelong telah mewujudkan satu sistem yang dapat membantu anda berada dalam dunia lelongan dengan cara dan pendekatan baru.
“Bagaimana buat duit dalam lelong, tanpa jual atau beli rumah lelong?”
Rahsia berkenaan ini didedahkan dan dibongkarkan kepada anda supaya dapat bersama-sama Zonlelong untuk teroka hartanah lelong dengan cara baru dan suasana baru.
INTRODUCTION | PENGENALAN
Nama saya Muhd Firdaus Zahari, merupakan seorang Perunding & Penasihat Hartanah Lelong Sepenuh Masa khususnya untuk kawasan Klang Valley (Kuala Lumpur-Selangor). Saya juga merupakan Pelelong Berlesen Negeri Selangor. Saya sedia untuk bantu memudahkan uruskan proses jualan dan sewaan hartanah anda.
Serba ringkas tentang diri saya. Saya mendapat Diploma pertama dalam bidang Pengurusan Penilaian Hartanah (UTM) pada tahun 2008 dan memulakan kerjaya dalam bidang yang sama seawal tahun Jan/2008 sehingga tahun Jan/2010.
Saya menimba pengalaman dalam dunia hartanah sebagai Penilai Hartanah selama 2 tahun khususnya untuk menyediakan ‘Valuation Report’ Laporan Harga Pasaran Hartanah (Penilaian).
Selepas berhenti, saya menukar haluan kerjaya dengan beberapa syarikat yang luar dari bidang kemahiran asal. Saya juga pernah buat banci penduduk pada pertengahan tahun 2010. Mungkin anda berkata, “Kerja banci penduduk pun nak bagi tahu ke?”
Sebenarnya, dari banci penduduk adalah titik tolak atau permulaan saya mula mengenali industri Rumah Lelong.
Dari seorang sahabat yang baru saya kenal telah menjerumuskan saya dalam kerjaya yang pada awalnya adalah satu cabaran besar untuk bermula. Pada akhir tahun 2010 saya mula serius dalam industri rumah lelong sehingga ke hari ini.
Saya dapati, masih ramai yang belum mengenali hartanah lelong atau mungkin takut-takut untuk membeli rumah lelong. Namun ada juga yang mahu membeli rumah lelong tetapi tidak tahu cara dan prosedurnya.
Oleh itu, saya berazam untuk belajar dan mendalami industri ini, agar ilmu dan pengalaman yang dilalui dapat memberikan manfaat kepada anda atau sesiapa sahaja yang mungkin pertama kali ingin membeli rumah melalui lelongan.
Saya berharap, dengan ilmu yang dipelajari dapat membantu anda supaya tidak tersilap atau tertipu sebelum membuat keputusan membeli rumah lelong.
Walaupun rumah lelong adalah murah dan menguntungkan tetapi kesilapan yang tidak sepatutnya boleh merugikan ribuan atau mungkin ratusan ribu duit anda.
Saya juga memohon agar Allah kuatkan iman dan tabahkan hati kita semua supaya pengalaman suka dan duka yang pernah kita lalui dapat menjadikan kita semua tergolong dalam Sabda Nabi Muhammad SAW.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”
[HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah]
Bedasarkan kepada Fokus Utama dalam Industri Hartanah Lelong, saya mewujudkan website Zonlelong.com ini dengan tujuan untuk memudahkan anda mendapatkan update Berkenaan Hartanah Lelong Terkini dari masa ke semasa.
Sekian pengenalan ringkas dari saya.
Mohon maaf, Jika ada salah dan silap.
Jika anda ada pertanyaan atau persoalan anda boleh hantarkan email kepada kami disini.
Jika anda ingin dapatkan perkhidmatan yang kami sediakan, anda boleh klik disini.