Asas & Persediaan Membeli Rumah Lelong
Anda Wajib tahu!
Nak beli Rumah Lelong, anda perlukan Deposit 10%. Deposit ini adalah wajib. Anda perlu ada cash awal untuk sediakan deposit lelong ini.
Persediaan adalah sangat penting untuk anda elakkan risiko yang tidak sepatutnya.
Anda perlu tahu konsep asas untuk beli rumah lelong. Luangkan masa kurang 3 minit sahaja untuk baca panduan yang disediakan dibawah.
Selepas itu kami boleh bantu bimbing dan carikan Rumah & Hartanah lelong sesuai dengan anda.
“Anda Dah SEDIA Nak Cari Rumah & Nak Dapatkan Rumah Lelong yang Lebih Murah dari Harga Pasaran Semasa?”
SEDIA!
TIP PENTING UNTUK BELI RUMAH LELONG!
Deposit 10%
Untuk beli rumah lelong anda wajib ada Deposit 10%. Deposit ini perlu disediakan dalam bentuk Banker Cek @ Bank Draft, bukan cek personal atau syarikat.
Status Kelayakan
Khusus untuk anda yang nak beli guna pinjaman dari bank. Pastikan anda tidak mempunyai masalah berkaitan CTOS, CCRIS, Blacklist, Bankruptcy dan Commitment. Boleh abaikan peraka ini jika anda mampu beli secara tunai.
Had Kelayakan
Anda perlu kenal pasti berapa had maximum pinjaman bank boleh beri kepada anda. Kadar kelayakan anda juga bergantung kepada status kelayakan dan DSR.
Site Visit
Anda dinasihatkan agar melawat dan membuat tinjauan (Site Visit) rumah yang diminati sebelum masuk lelong. Anda boleh salin alamat rumah yang diberi dan membuat lawatan untuk mengenal pasti rumah sebelum buat keputusan masuk lelong.
PENTING!
Anda Wajib Tahu KONSEP Rumah Lelong!
Setiap Rumah Lelong akan dijual pada Masa dan Tarikh yang telah ditetapkan. Jadi anda perlu buat keputusan dan sedia untuk hadir atau wakilkan seseorang untuk pergi sesi lelongan yang akan diadakan pada tarikh dan masa tersebut.
Rumah lelong ini akan mula dijual dengan Harga Rizab (Reserve Price). Harga rizab ini ditentukan oleh pihak bank / institusi pinjaman. Harga rizab ini biasanya lebih rendah dari harga pasaran semasa.
Jadi...
“Anda berpeluang untuk beli rumah bawah harga pasaran melalui lelong.”
Tapi anda perlu tahu.
Walaupun rumah lelong dijual dengan harga murah, konsep lelong yang perlu anda tahu adalah rumah akan dijual kepada sesiapa yang membuat Tawaran Harga Tertinggi.
Maksudnya, jika ada lebih dari seorang ingin membeli rumah yang sama, anda perlu buat tawaran harga dan rumah akan dijual kepada Pembeli (Pembida) yang membuat tawaran Harga Tertinggi.
Namun, jika tiada pembida lain pada hari lelong, anda boleh beli rumah dengan harga rizab sahaja.
Bagaimana Jika Ada Persaingan Atau Pembida Lain?
Jika ada persaingan sekalipun, anda masih berpeluang untuk beli rumah bawah harga pasaran, dengan syarat anda dah semak terlebih dulu Harga Pasaran (Market Value) sebelum membuat bidaan.
Tak Tahu Cara Semak Harga Pasaran?
JANGAN RISAU!
Kami ada untuk bantu anda buat semakan harga pasaran dan meminimakan risiko yang tidak sepatutnya.
Kami akan bimbing anda dari Proses Sebelum Masuk Lelong, Semasa Hari Lelongan & Selepas Berjaya Beli Rumah Lelong untuk memastikan anda dapat membeli rumah lelong yang betul-betul berbaloi.
Ok…
Yang terakhir yang perlu anda tahu…
Terma & Syarat Utama Rumah Lelong!
Kenapa Boleh Call Off?
Kemungkinan pemilik / peminjam asal rumah telah menyelesaikan masalah atau hutang dengan pihak bank, jadi rumah tersebut tidak jadi dilelong.
Kami sebagai perunding disini tidak dapat menanggung apa-apa liabiliti kepada bakal pembeli oleh apa-apa sebab diatas penarikan balik rumah tersebut. Kerana ianya adalah diluar bidang kuasa kami.
"Dijual Sepertimana Sedia Ada"
Syarat Penting Pertama: Rumah Lelong akan dijual kepada anda “dalam keadaan sepertimana sedia ada” (as is where is basis). Oleh itu lawatan (site visit) sebelum beli adalah sangat penting untuk memastikan anda mengetahui dan berpuas hati dengan keadaan rumah yang akan dibeli.
Syarat Penting Ke-2 : Rumah lelong akan tertakluk kepada Dokumen atau Surat Perisytiharan Jualan (POS) serta Syarat-Syarat Jualan (COS) yang telah ditetapkan oleh pihak bank atau institusi pinjaman. Setiap rumah lelong mempunyai terma & syarat lelong yang berbeza. Jadi anda perlu dapatkan dokumen penting ini dari awal.
Bagaimana Nak Dapatkan POS & COS?
JANGAN RISAU!
Kami akan bantu untuk semak terma dan syarat lelong ini untuk mengelakkan kesilapan yang tidak sepatutnya. Kami akan bantu anda dapatkan POS & COS ini dan jelaskan kepada anda.
TAHNIAH!
Anda telah SEDIA dan telah buat persediaan awal dengan membaca panduan ini.
Adakah anda PERTAMA KALI ingin beli Rumah Lelong?
Atau Anda ada Masalah seperti dibawah;
- Tidak pernah membeli rumah melalui Lelong
- Tidak tahu proses untuk membeli rumah Lelong
- Takut tertipu dan tersilap langkah
- Sedikit pengalaman dalam rumah Lelong
- Tiada masa
- Sibuk dengan bekerja
- Ingin membuat Pelaburan dalam hartanah
- Berada jauh seperti Luar Negeri atau Negara
- Ingin mencari rumah murah dan berbaloi
- Tiada masa pergi lelong
- Tiada masa nak uruskan pembelian rumah lelong
Jangan Risau, Kami sedia untuk bantu & Guide anda.
Kami boleh bantu guide anda untuk mendapatkan rumah lelong dengan 3 STEP MUDAH.
STEP 1:
Pilih Cara Pembelian
