Apa Itu POS & COS?
TAHUKAH ANDA!
Setiap rumah dan hartanah yang akan dilelong mempunyai dokumen POS & COS sendiri.
Jika anda belum kenali apa itu POS dan COS ini, saya akan kongsikan dengan anda secara ringkas apakah dokumen penting ini.
Apa Itu POS?
POS adalah singkatan daripada perkataan Proclamation Of Sale (Periystiharan Jualan) iaitu surat jualan yang mengesahkan hartanah tersebut akan dilelong pada tarikh yang telah ditetapkan. Dalam POS ini, anda boleh dapatkan maklumat penting berkenaan rumah atau hartanah yang akan dilelong.
Antara maklumat penting yang terdapat dalam POS ini adalah seperti;
- Tarikh
- Masa lelongan
- Lokasi lelongan
- Harga Reserve (Rizab) Harga Permulaan lelong
- Alamat rumah / hartanah lebih tepat
- No title/geran,
- Luas rumah / hartanah
- Jenis rumah / hartanah
- Jumlah deposit
- Nama bank
- Nama pelelong
- Nama peminjam asal
- Tempoh bayaran baki harga lelong
- dan lain-lain maklumat penting untuk pelaksanaan lelong.
Apa Itu COS?
COS pula adalah singkatan daripada perkataan Condition Of Sale (Syarat-syarat Jualan). COS ini akan menyatakan syarat-syarat berkenaan dengan hartanah yang akan dilelong. Syarat dan terma lelong bagi setiap rumah lelong adalah berbeza. Biasanya ada lebih 3 page (muka surat) berkenaan syarat & terma ini.
Anda juga perlu dapatkan COS ini untuk memastikan segala hidden kos (kos tersembunyi) yang terdapat pada rumah lelong ini dapat di elak dan diambil tahu lebih awal. Secara tidak lansung, anda dapat meminimakan sebarang risiko pembelian lelong lebih awal.