Teroka Hartanah Lelong Bersama Zonlelong.
Dari Pengalaman Kami Wujudkan:
ZonLelong Network
Peluang Terbaru dari Zonlelong untuk bantu anda TEROKA HARTANAH LELONG dengan cara yang cukup Mudah & Santai.
Zonlelong Network adalah satu peluang jaringan untuk anda saling berkongsi peluang untuk sama-sama dapatkan manfaat dan kelebihan hartanah lelong.
Kenapa Anda Perlu Pilih Hartanah Lelong?
MURAH
Anda dapat beli hartanah dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga semasa.
BANYAK PILIHAN
Ada pelbagai jenis hartanah lelong yang boleh anda pilih.
SETIAP HARI
Peluang untuk anda dapatkan hartanah lelong yang terbaik sentiasa ada kerana lelongan diadakan hampir setiap hari.
JIMAT DUIT
Anda dapat beli hartanah dan jimat 20%-50% berbanding beli secara biasa.
JIMAT KOS SNP
Anda tidak perlu keluarkan kos untuk sediakan S&P kerana dalam lelong tiada SNP.
PROSES CEPAT
Tidak sampai satu hari anda boleh tahu siapa pembeli untuk rumah yang telah dilelong.
Anda Pasti Dah Tahu!
Melalui Hartanah Lelong, Kita berpeluang untuk beli rumah bawah harga pasaran. Hartanah lelong juga adalah lubuk pelaburan yang menguntungkan.
Tahukah Anda?
- Tanpa Beli Rumah Lelong
- Tanpa Jual Rumah Lelong
Anda Juga Boleh Buat Untung!
Kami Wujudkan Berberapa Peluang & Perkhidmatan mengikut kepada tujuan dan matlamat anda.
3 Perkara Zonlelong Sediakan Untuk Anda
1) Perkhidmatan Membeli Rumah Lelong
Zonlelong mempunyai team dan pasukan Ejen Lelong untuk bantu memudahkan anda mencari dan membeli hartanah lelong di seluruh Malaysia. Team & Consultant kami bersedia untuk berikan khidmat nasihat & bimbingan supaya anda dapat membuat pembelian hartanah lelong dengan mudah dan lebih selamat.
2) Belajar Tentang Rumah Lelong
Anda belum sedia beli rumah lelong tapi berminat dengan rumah lelong?. Kami bantu anda untuk belajar dan teroka industri rumah lelong sebagai persediaan awal untuk anda mulakan langkah dalam Kerjaya Hartanah Lelong. Sama-sama belajar dari pengalaman dan perkongsian member zonlelong.
3) Buat Duit Dari Rumah Lelong
Peluang untuk anda jana pendapatan sampingan melalui Kerjaya Hartanah Lelong. Zonlelong wujudkan peluang untuk anda berlajar menjadi seorang Ejen Lelong atau Wakil Lelongan. Dengan sistem dan pembahagian tugas yang disediakan oleh zonlelong akan bantu memudahkan anda membantu orang lain.
Teroka dan Jana Pendapatan Melalui Rumah Lelong Bersama;
Apa Kata Mereka?
Ebook: Kerjaya Rumah Lelong
Ketahui Rahsia Bagaimana Anda Boleh Jana Pendapatan Melalui Hartanah Lelong.
Soalan Lazim Rumah Lelong?
Rumah lelong secara mudahnya adalah hartanah yang akan dijual oleh pihak bank melalui lelongan awam yang diadakan sama ada di Mahkamah, Pejabat Tanah atau ditempat lelongan awam (dewan atau hotel).
Antara sebab utama mengapa rumah boleh dilelong adalah kerana tuan rumah (peminjam) gagal membayar balik pinjaman perumahan kepada institusi bank mengikut tempoh yang telah ditetapkan… Read More>>
Harga rizab (Reserve Price) adalah harga terendah yang ditetapkan oleh pihak bank untuk harga permulaan untuk satu-satu rumah yang akan dilelong. Harga rizab ini ditentukan oleh pihak bank sendiri bergantung kepada pinjaman dan harga pasaran semasa rumah yang akan dilelong. Harga rizab ini dinyatakan dengan jelas dalam POS (Perisytiharan Jualan) yang disediakan oleh pelelong… Read More>>
Selain deposit 10% untuk beli rumah lelong. Anda juga perlu sediakan lain-lain kos untuk selesaikan urusan pembelian rumah lelong. Antara kos lain yang perlu anda sediakan adalah seperti Fee Peguam, Duti Setem (Stamp Duty), Valuation, Fee Ejen, Perjanjian Pinjaman, Adjudication Fee termasuk kos surat-menyurat, perjalanan, telefon / fax dan lain-lain. Anda juga perlu bersedia untuk tanggung beberapa tunggakan dari pemilik lama jika tunggakan tersebut tidak di tangung oleh pihak bank… Read More>>
Ya!. Masih boleh kerana rumah lelong tiada sekatan dalam hal tersebut. Anda boleh beli rumah lelong mengikut kelayakan dan kemampuan anda. Jika melibatkan loan bank, sila pastikan anda semak terlebih dahulu status kelayakan pinjaman dengan pihak bank sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah lelong… Read More>>
Jika anda gagal untuk mendapatkan rumah lelong tersebut, Deposit (Bank Draft) akan dipulangkan semula dan anda boleh tunaikan semula dengan pihak bank yang mengeluarkannya… Read More>>
Anda dinasihatkan untuk melihat terlebih dahulu rumah lelong tersebut dari luar sahaja. Anda juga boleh lihat kawasan sekitar untuk melihat potensi rumah lelong anda ingin beli. Anda perlu tahu, rumah lelong dijual berdasarkan “seperti sedia ada” dan tertakluk kepada syarat jualan yang telah ditetapkan. Pihak bank tidak mempunyai kunci untuk rumah lelong sama ada rumah itu tidak berpenghuni atau berkunci. Urusan untuk kosongkan rumah adalah tanggungjawab pembeli jika masih berpenghuni…. Read More>>
Anda perlu berjaya beli rumah lelong dulu, baru boleh keluarkan KWSP. Anda tidak boleh keluarkan KWSP awal tanpa apa-apa dokumen & bukti pemilikan rumah. Maksudnya anda perlu ada duit sendiri dulu sebanyak 10% sebagai deposit awal untuk masuk lelong. Setelah berjaya nanti barulah anda boleh memohon pengeluaran KWSP… Read More>>
Anda ada banyak lagi persoalan rumah lelong yang belum terjawab.
JANGAN RISAU!
Dapatkan jawapan untuk 49 Soalan Panas Rumah Lelong dibawah:
Anda ingin bersama kami sebagai Pasukan Ejen Lelong?
Kami akan tunjukan cara untuk anda jadi Ejen Lelong semudah 3 langkah.